Pages

Thursday 24 July 2014

CIKGU SOFEA

7
“Apa ni kakak? Kakak tak pikir ke? Bawa masuk orang luar dalam rumah kita? Kakak dah hilang akal apa? Semua ni gila,” protes Syazwan. Razif tadi sudah beredar sebaik sahaja dapat penggilan dari ibunya. Rifqie juga sudah pulang kerumahnya.
“Syazwan, jangan macam ni. Please, kali ni je. Dengar cakap kakak. Esok kakak dapat gaji. Kita pergi mall sama-sama. Kakak beli apa sahaja yang adik nak. Tapi jangan banyak sangat.” Syazwan terkejut sampai tak terkata. Kakaknya begitu serius sampaikan sanggup membelanjakan duitnya demi Rifqie. “Waaa, nekad sungguh kakak kali ni ye. Huhhh, ikut suka hati kakak la!” rengus Syazwan lalu masuk kedalam bilik.”
***
                Razif memberhentikan vespanya depan kedai runcit milik Pak Budin. Pak Budin masih membuka kedainya walaupun sudah lewat malam.
                “Ha Razif, cari apa?” tanya Pak Budin. Pak Budin semakin selesa dengan Razif. Dia tidak memanggilnya dengan panggilan cikgu lagi sebaliknya hanya memanggil Razif.
                “Saya nak sardin dua tin dan telur dua ringgit.” Kedai runcit Pak Budin agak besar. Razif malas nak mencarinya sendiri jadi dia tanya terus Pak Budin.
                “Ros, tolong ambilkan sardin dua tin. Lepastu ambilkan telur dua ringgit,” Pak Budin menyuruh pekerjanya.
                “Hai Razif, makan sardin dengan telur je.” Razif hanya tersenyum. “Kamu dari mana sebenarnya ni?” soal Pak Budin. “Saya dari rumah pakcik lah,” terus terang Razif. Pak Budin pula yang tersenyum kali ni.
                “Ni haa barang kamu.” Pak Budin bagi plastik itu kepada Razif. Razif membayarnya. “Pakcik, nampaknya pakcik lepas ni ada ahli keluarga baru la ye.” Pak Budin mengerut dahi. “Apa maksud kamu?” soal Pak Budin. Razif mengeluh. “Panjang pula cerita nak cerita kat sini. Takpelah, nanti pakcik balik rumah, pakcik akan tahu sendiri. Assalamualaikum.” Razif terus pulang ke rumahnya.
                Rumah Razif terletak di taman perumahan yang kebanyakannya terdiri daripada rumah-rumah mewah. Mungkin kerja Razif hanya seorang guru, tapi dia merupakan anak kepada pemilik restoran mewah. Ibubapanya memiliki beberapa cawangan restoran mewah di seluruh negara. Tiada sesiapa yang tahu memandangkan tiada seorang pun rakan kerjanya yang pernah datang kerumahnya termasuklah Maliki dan Sofea.
                “Mama, papa, kenapa tak cakap awal-awal nak datang sini.” Razif mencium tangan mama dan papanya. “Mama dengan papa tidur sini ke?” soal Razif.
                “Hai, lain je bunyi. Macam tak suka je mama dengan papa datang,” rungut Puan Rozana. “Mana ada mama, kalau mama bagitahu awal-awal, bolehlah Razif beli lauk untuk makan pagi esok. Ni sardin dan telur je lah yang ada,” Razif menunjukkan plastik bungkusan sardin dan telur itu.
                “Mama kamu ni yang tiba-tiba nak datang sini. Papa ikut je lah. Lagipun dah lama tak jumpa Razif sejak dah jadi cikgu ni,” kali ni Encik Iman pula yang bersuara. Razif pergi ke dapur untuk mengambil jus Tropicana dalam peti sejuknya. Dia menghidangkan jus itu kepada mama dan papanya. Mereka duduk di ruang tamu yang diterangi lampu chandelier mewah. Razif merebahkan badannya ke sofa yang empuk itu. Dia mengusap-ngusap leher belakangnya. Nampak sangat keletihan.
                “Takpelah Razif, Razif naik atas tidur dulu. Nampak penat je. Esok je lah kita borak,” nasihat Encik Iman. Dia kesihankan anaknya yang keletihan itu. Razif mendengar kata papanya terus masuk kamarnya.
                Sudah bersiap sedia untuk ke sekolah, Razif singgah dapur sekejap untuk bersarapan sikit sebagai alas perut. Dia mengambil susu dari peti sejuk marigold kegemarannya itu tuang ke dalam gelas. Sambil minum, Razif menutup peti sejuknya. Tak disangka-sangkanya, seorang kelibat wanita berada di sebalik pintu peti sejuk dan Razif terkejut dengan wanita itu. Tersembur susu yang diminum ke muka wanita itu. Dengan rambut kusut masainya lagi, bedak sejuk pun masih bertempek menyebabkan Razif sangat terkejut. Razif terus naik atas cari mama dan papanya di bilik.
                “Mama, papa, buka pintu ni!” jerit Razit. “Mama! Papa!”
                “Kenapa Razif, tak payah la jerit-jerit macam tu,” marah Puan Rozana. Kelihatan seperti mama dan papanya baru bangun dari tidur.
                “Apa yang Anum buat kat sini? Mama? Papa?” soal Razif. Razif tergopah-gopah selepas melihat Anum ada di dapur tadi. Belum sempat Anum menegur dia dah lari macam tengok hantu.
                “Takpelah Razif, Razif pergi kerja dulu. Balik nanti papa dengan mama ceritalah nanti,” arah Encik Iman. Razif mendesak mama dan papanya untuk terus cerita tapi papanya terus memaksa Razif pergi ke sekolah dulu. Apa pulak Anum buat kat sini? Apa pulak rancangan papa dan mama ni? Haishhhh… Razif asyik memikirkannya.
***
                “Jadi sekarang kau suruh si Rifqie duduk sekali dengan kau? Sekali dengan mak ayah kau?” terkejut Zaiton. “Kau ni dah gila apa? Waaa, berani betul kau. Weh silap-silap nanti bapak dia pergi serang rumah kau macam mana?”
                “Takdenya bapak dia nak serang. Dia tak tahu rumah aku kat mana.”
                “Weh, tak tahu boleh cari. Nahas jangan dicari.”
                “Aku cuma kesiankan Rifqie. Aku tak tahu kenapa bila aku tengok muka dia, hati aku ni membuak-buak nak tolong dia, nak jaga dia,” jelas Sofea.
                “Wowowowo, wait a minute. Eh, takkan kau suka dia kot. Kau jangan buat skandal dengan budak weh. Tak sanggup ngelih aku,” tuduh Zaiton.
                “Zaiton, jangan cakap sembarangan macam tu ok. Takdenya aku nak bercintun dengan budak yang jauh lebih muda. Mulut tu jaga sikit,” Sofea membela diri. Mereka berbual sampaikan tak sedar yang pengetua sudah berada di belakang mereka.
                “Bagus jugak tu cikgu Sofea. Bolahlah awak tengok-tengokkan si Rifqie,” pengetua mencelah. “Saya tahu awak memang ikhlas dan murah hati. Itulah sifat yang sepatutnya ada pada setiap guru. Takpe, nanti saya akan tolong pujuk dia untuk duduk sekali dengan cikgu.”
                “Oh, terima kasih pengetua.”
                “Oh ya, saya datang sini nak cari cikgu Razif sebenarnya. Mana dia?” tanya pengetua. Sofea dan Zaiton mengerling ke sekililing mencari Razif. Nampaknya Razif tiada dalam bilik guru. Pelik, kebiasaannya pagi-pagi lagi Razif akan ‘bertegur sapa’ dan ‘beramah mesra’ dengan Sofea. Tapi hari ini entah hilang kemana.
                “Maliki, awak tahu tak Razif pergi mana?” soal Sofea.
                “Tadi dia cakap dia ada practice time rehat nanti. Mungkin dia dah pergi dewan sukan dah kot,” jawab Maliki.
***
                Jadi ini lah budak yang Sofea sayang sangat tu. Baiklah, jom kita tengok siapa lagi handal. Berlagak ye.. Razif sekarang berdepan dengan Rifqie. Razif ajak satu lawan satu dengan Rifqie. Empat yang lain cuma tengok sahaja. Sepasang mata sedang melihat kearah mereka iaitu Sofea. Dia berasa lega Rifqie akhirnya bersetuju untuk sertai pertandingan. Muncul kembali harapan untuk memenangi pertandingan ini.
                Mereka beradu siapa yang lebih handal bermain. Rifqie membuat serangan dulu. Dia dapat mengelak Razif yang bertahan dan membuat ‘lay up’ dan mendapat dua mata. Razif cepat-cepat membalasnya dengan satu shot dan mendapat dua mata juga. Rifqie merebut bola dari Razif dan buat jaringan luar dari petak D dan mendapat tiga mata. Rifqie tersenyum dan memberi bola kepada Razif untuk bagi Razif pula serang. Mereka terus menerus bermain. Sofea sangat gembira satu pasukan dapat dibina akhirnya. Tapi matanya sekarang hanya tertumpu kearah Razif. Disebabkan hanya 30 minit sahaja dapat bermain, Razif memakai slack jean hitam dan baju kemejanya yang tak berbutang. Baju panas hitam di dalam menambahkan lagi gayanya.
                Macho jugak mamat nih. Waaaa, hensem dia buat rambut macam tu..boleh tahan si Razif ni.. Tiba-tiba jantung Sofea tak keruan. Sofea tidak pasti apakah perasaan yang dialaminya sekarang. Tak Sofea, kau tak boleh. Sofea menampar pipinya. Tapi sekali lagi dia mengelamun.
                “Haziq!” Akim cuba melontar kepada Haziq, tapi malangnya lontaran itu meleset ke arah lain. Tepat-tepat kena muka Sofea. Bang!!!! “Aduh!” Sofea yang mengelamun tadi tiba-tiba terasa senak di hidungnya. Dia menutup hidungnya. “Alamak, berdarah.”
                “Sofea awak tak apa-apa ke?” Razif menghampiri Sofea. Sebaik sahaja Razif melangkah kakinya kearah Sofea, dia dipintas oleh Rifqie. Rifqie terus memberi sapu tangan untuk cikgunya itu. Razif cemburu dengan tindakan Rifqie. Ewah ewah ewah, pandai ambil kesempatan budak ni.
                “Cikgu ok?” tanya Rifqie. “Cikgu ok, darah sikit je ni. Takpelah Rifqie, awak sambung practice. Cikgu pergi toilet jap.”
                “Tulah kau Sofea, aku dah cakap. Jangan duk angau sangat. Haa ni la padahnya. Yang terantuk kat meja pun belum sembuh. Ni hidung pulak,” Sofea mengomel sendirian depan cermin sambil menngelap darah di hidungnya. Sepertinya ketahanan badan Sofea kuat walaupun dia seorang perempuan. Tercedara banyak kali tapi masih normal. Kalau orang lain mungkin jadi sakit otak dek cedera banyak kali.
***
                Petang itu Puan Rozana, Encik Iman, Razif dan Anum keluar makan di restoran yang baru dibuka dan pemiliknya ialah mama dan papa Razif. Semua jenis makanan ada di restoran itu. Dari masakan panas hinggalah makanan barat. Pada waktu malam, menu istimewa ialah ikan bakar dan masakan-masakan laut. Cukup ekslusif dengan binaan kayu jatinya yang dikelilingi sungai kecil buatan dan juga taman.
                Sambil-sambil menunggu makanan siap, mereka memulakan perbualan. “Razif, macam mana sekolah? Ok?” tanya Encik Iman. Razif tak menjawab sebaliknya dia merenung tajam kearah Anum. Dia sangat benci dengan Anum dan takkan sesekali memaafkan Anum setelah apa yang Anum lakukan. Bagi Razif, itu adalah kesalahan terbesar yang pernah Anum lakukan kepadanya. Dihadapannya sekarang ialah gadis yang pernah dia cinta sepenuh hati. Tapi cintanya dikhianati setelah Anum membuat keputusan untuk bertunang dengan kawan karibnya sendiri. Sampai sekarang dia takkan maafkan Anum.
                “Razif, Anum sekarang jadi pengurus restoran ni. Sebab Razif tinggal sini, mama dan papa nak minta Razif tolong-tolonglah Anum uruskan restoran ni. Sambil-sambil tu, tengok-tengokkan si Anum ni,” pinta Puan Rozana. Razif masih mendiamkan diri.  Anum merupakan adik kepada suami mak saudara Razif. Kali pertama mereka bertemu di majlis perkahwinan mak saudaranya, Hani.
                Sebaik sahaja pelayan membawa makanan mereka, Razif berdiri dan beredar dari situ. “Razif nak ke mana ni?” soal Puan Rozana. “Razif taknak makan kat sini. Ada sampah. Jijik.” Kata-kata Razif itu sangat mendalam dan tajam. Bagai ditusuk duri, Anum sangat terkilan dengan kata-kata Razif. Dia sedar yang dia telah melakukan kesalahan tapi tak sepatutnya Razif memanggilnya sampah. Encik Iman cuba hentikan Razif tapi tak berhasil. Puan Rozana cuba memujuk Anum yang sedang bersedih itu.
***
                Razif keluar dari keretanya. Dia ternampak budak lelaki yang sangat dikenalinya yang sedang menyapu sampah dihalaman rumah Sofea. “Kamu buat apa kat sini,” soal Razif. “Cikgu buat apa kat sini?” Soalannya dijawab soalan. “Ikut saya la apa saya buat kat sini? Kamu tu, buat apa kat rumah cikgu Sofea ni?” Razif tuju soalan yang sama. “CIkgu Sofea suruh saya tinggal sini, jadi terpaksa saya tinggal sini,” jawab Rifqie. Dia menyambung kerjanya. Dia lakukan kerja-kerja rumah bagi membalas jasa baik keluarga Pak Budin yang benarkan dia tumpang dirumah itu. Kemudian Razif dijemput naik oleh Juriah.
                “Makcik, betulke makcik dan pakcik bagi budak tu duduk sini. Budak tu bahaya. Makcik tak risau ke?” Razif cuba mencucuk. “Apa yang bahaya?” soal Sofea yang sudah berada di tepi sofa itu. Juriah tinggalkan mereka berdua.
                “Awak ni main tuduh je. Rifqie tu budak baik je. Apa yang awak tak puas hati sangat dengan Rifqie?”
                “Saya bukan tuduh, tapi saya risaukan awak. Haishhhh Rifqie tu…”
                “Rifqie tu apa?”
                “Haishhh biarlah,” Razif mengerutkan dahinya. Dia sangat tak puas hati bila Rifqie tinggal bersama keluarga Sofea. Selain risau dengan keselamatan, Razif sangat cemburu kalau-kalau Sofea makin rapat dengan Rifqie dan tak endahkannya. “Apa kata biar Rifqie duduk dengan saya je,” pelawa Razif.
                “Tak payah. Kan kebulur pulak si Rifqie tu kalau duduk dengan awak.”
                “Yang awak risaukan dia sangat ni kenapa?”
                “Yang awak cemburu tak tentu pasal ni kenapa?” Razif tergamam. Sofea masih tak mengerti isi hati Razif yang sekarang ni tengah melonjak-lonjak cemburunya. Dia mengerus geram dan beredar dari situ. Sofea biarkan Razif berlalu. Malas nak layan dengan perangai Razif yang macam budak-budak. Sebelum masuk kereta, sempat lagi Razif menjeling kearah Rifqie.
                Hey minah ni. Buat tak tahu ke pura-pura tak tahu. Dia ni tak tahu lagi ke yang aku suka dia. Takpe-takpe. Kita tengok nanti. Kau main tarik tali dengan aku. Biar aku tarik kuat-kuat. Biar sampai kau terjatuh.