Pages

Sunday 20 July 2014

CIKGU SOFEA

5
                Macam hari kebiasaannya, Sofea dan Zaiton akan bersarapan bersama di kantin pada waktu rehat. Selesai sahaja makan, Sofea dan Zaiton terus masuk bilik guru. Tanpa mengetahui apa yang telah terjadi, Sofea berlenang-lenang hari ni. Maklumlah hari Jumaat, hari yang ditunggu-tunggu setiap pelajar dan guru.
                “Esok cuti, yeay!,” gembira Sofea. Zaiton hanya tersenyum melihat kegirangan Sofea. Mengalahkan murid-murid. Sofea kembali ke meja untuk selesaikan kerja yang mana patut dia siapkan.  Dia ternampak sekuntum bunga atas mejanya. Dia sudah tahu siapa punya kerja siapa. Sofea sangat yakin yang Razif bagi bunga tu. Sofea bingkas ke meja Razif.
                “Razif, kalau ye pun nak bagi bunga, bagilah bunga mahal sikit. Ni bunga tahi ayam!” bebel Sofea. Dia menonyoh-noyohkan bunga tahi ayam itu kemuka Razif.
                “Eyy, saya bagi tu pun cukup bagus tau. Sesuai la tu bunga tahi ayam dengan awak. Cantik apa”. Sofea membulatkan matanya.
                “Oh jadi awak samakan saya dengan bunga tahi ayam. Cantik tapi perangai busuk?”.
                “Eh, saya tak cakap pun. Awak sendiri yang perasan macam tu, betul lah tu”. Razif tersenyum. Sofea pula makin geram. Entah kat mana Razif petik bunga tahi ayam tu.
                “Apa yang bising sangat ni ha? Cikgu Sofea? Cikgu Razif?” tegur pengetua yang baru sahaja masuk bilik guru. Kedua-duanya minta maaf kemudian senyap. Sambil-sambil pengetua memberi ceramah dekat Sofea dan Razif, salah seorang pelajar 4 Cempaka masuk bilik guru  mencari Sofea.
                “Cikgu, cikgu cepat cikgu. Ikut saya cepat,” cemas Mariam. Muka Mariam tampak serius. Seperti ada sesuatu telah terjadi. Sofea mengikut Mariam. Razif dan pengetua turut serta. Mereka keluar dari bilik guru. “Tu cikgu,” tunjuk Mariam dengan jari telunjuknya. Dari koridor bilik guru boleh nampak tempat perhimpunan dan pentas. Sofea terkejut melihat Rifqie, Azlan, Akim, dan Abid berdiri di atas pentas itu. Mereka dipaksa berdiri dibawah terik matahari. Apa yang lebih menghibakan Sofea, keempat-empat mereka dari kelas 4 Cempaka. Razif dan pengetua pun turut terkejut.
                “Mariam, apa diorang buat kat situ?” tanya Sofea.
                “Diorang gaduh cikgu. Cikgu Rosli denda diorang,” jawab Mariam. Kelihatan dari situ, cikgu Rosli naik ke pentas sambil membawa rotan ditangannya. Cikgu Rosli merotan mereka di tapak tangan. Kuat juga bunyinya sampaikan terdengar oleh pelajar-pelajar dalam kelas. Pelajar yang duduk dalam kelas mula keluar untuk melihat mereka. Struktur susunan bangunan sekolah yang segi empat dan di tengahnya adalah tempat perhimpunan membolehkan pelajar dapat lihat mereka dirotan. Banyak kali juga diorang kena rotan. Sofea yang menyaksikan itu sangat sedih. Tambah-tambah Rifqie pun turut sama kena denda.
                “Mariam, nanti awak masuk kelas lepas ni, awak tolong bagitahu Rifqie yang saya nak jumpa dia lepas kelas hari ni ye,” pinta Sofea. Mariam mengangguk.
                Tengah hari tu, seperti yang dijanjikan, Rifqie pergi jumpa cikgu Sofea. Sebaik sahaja Rifqie pegang tombol, pintu bilik guru terbuka dahulu. Sofea berada disitu. “Rifqie, ingatkan tak nak jumpa saya”. Sofea yang sudah siap untuk pulang kerumah berubah fikiran. Dia mengajak Rifqie minum di kafe depan sekolahnya. Mereka hanya berjalan sahaja pergi ke kafe.
                “Rifqie, kenapa boleh macam ni? Kenapa boleh sampai bergaduh dengan diorang? Cikgu tahu awak bukan macam ni. Pasti ada sebab kan?” tanya Sofea. Rifqie membisu. Memang perangai Rifqie macam tu, tak banyak cakap sangat. “Jawablah cikgu tanya ni,” tekan Sofea.
                “Diorang conteng kereta cikgu,” jawab Rifqie. Sofea yang baru tahu keretanya diconteng terkejut. Dia tak sempat lagi tengok keretanya itu. Dia tarik nafas panjang.
                “Kalau ye pun diorang conteng kereta saya, awak tak perlu bergaduh dengan diorang”. Sekali lagi Rifqie membisu. Bagaikan bercakap dengan dinding. “Ni tangan dah jadi macam ni, macam mana nak main basketball?” sambung Sofea.
                “Saya taknak main”. Rifqie terus dengan keputusannya yang tak mahu mewakili kelasnya.
                “Kenapa awak tak nak main?”.
                “Saya ada kerja lain nak buat cikgu. Saya penat,” akhirnya Rifqie meluah juga perasaannya. Egonya yang menghalang dia daripada berterus terang. Dia menceritakan segalanya kepada Sofea kenapa dia taknak main. Rupa-rupanya dia terpaksa kerja selepas waktu sekolah untuk sara dirinya dan juga ayahnya.
                “Oh, jadi itulah sebab awak selalu tak datang sekolah. Tapi awak tak boleh macam ni. Macam mana awak kena buang sekolah?”.
                “Takpelah saya kena buang sekolah”.
                “Habis tu, kalau awak tak sekolah, macam mana dengan masa depan awak? Awak nak kerja apa kalau tak sambung belajar? Kenapa tak suruh ayah awak je kerja? Ayah awak sakitke?”. Bertubi-tubi soalan Sofea sampai merimaskan Rifqie. Tiba-tiba muncul pula si Razif. Dia kehairanan tengok Sofea dan Rifqie minum bersama.
                Kenapalah Sofea ambil berat sangat dengan si Rifqie ni? Kalau Azlan tak pula dia ambik kisah.Sebenarnya Razif hanya cemburu dengan Rifqie sebab Sofea mengambil berat tentang Rifqie. Razif menuju kearah mereka.
                “Saya rasa cikgu tak perlu tahu kot semua tu. Ni hal saya. Saya balik dulu. Terima kasih belanja saya,” Rifqie meminta izin untuk pulang. Razif yang baru sampai terus mengambil alih tempat Rifqie duduk tadi. “Awak tengok tu, dia buat donno je bila nampak saya. Padanlah muka dia kena rotan. Oh, lupa nak tanya. Kenapa dia kena rotan eh?” tanya Razif. Sofea yang sedang memikirkan jawapan tu tiba-tiba berdiri. Dia terlupa yang budak-budak tu conteng kereta dia. Sofea beredar dari situ. “Eh, awak nak kemana? Saya belum minum lagi ni,” jerit Razif.
                “What the hell. Lot of love? Razif?” membebel Sofea melihat ayat yang diconteng budak Trio A tu. Nak kena diorang nih. Ni dah melampau. Sofea mengertap bibirnya. Razif yang tergopah-gapah tadi mengikut Sofea yang jalan cepat pun terlopong tengok ayat itu. “Awak tengok ni? Sebab awak la kereta saya kena conteng”. Razif pula yang kena marah. Sofea mencengkak pinggangnya. Uh, garangnya. Tapi betul lah tu. Razif trsenyum sorang-sorang. “Yang awak sengeh-sengeh ni kenapa? Kenapa tercegat lagi kat sini? Dah pukul berapa dah ni? Tak reti nak gi solat Jumaat ke?” membebel Sofea melebihkan seorang nenek. Razif melihat jamnya dah pukul 12.50. Dia membulatkan matanya. Dia cepat-cepat menuju ke vespanya. Sofea menyilangkan tangannya menarik nafas dalam-dalam. Aishhhh, apalah nak jadi dengan budak-budak ni? Parah juga jadi guru kelas budak nakal macam ni. Lama-lama boleh kena heart attack aku.
***
                Pada malamnya, Pak Budin sekeluarga makan malam di luar. Mereka telah memilih restoran tomyam yang terletak di pekan itu. Memandangkan keesokannya cuti, jadi Sofea dan Syazwan tak banyak kerja. Bolehlah diorang menghabiskan waktu bersama-sama.
                “Kakak, tolong sediakan duit awal-awal ye. Adik dengar budak basket akak kena rotan tadi. Dua orang pulak tu. Mesti tangan diorang sakit nak main. Kalah punya la,” sindir Syazwan sambil menghirup tomyamnya.  Jadi inilah sebabnya Sofea teringin sangat kelasnya menang dalam pertandingan tu. Dia telah berjanji dengan adiknya, yang juga merupakan kapten pasukan dari kelas 4 Arif akan bagi belikan adiknya basikal fixie jika kelas 4 Arif menang pertandingan nanti. Sofea hanya menjeling adiknya. Syazwan menjelirkan lidahnya nak kenakan kakaknya.
                Tengah asyik menjamu selera, Pak Budin ternampak Razif yang sedang memasuki restoran itu. “Oh, cikgu Razif,” tegur Pak Budin. Razif yang baru sahaja lalu depan mereka berhenti dan bersalam dengan Pak Budin. Siap cium tangan lagi. Syazwan dan Sofea tekejut melihat kelakuan Razif mencium tangan Pak Budin. Juriah tersenyum. “Cikgu datang makan sorang je ke?” tanya Juriah.
                “A’ah sorang je. Sebenarnya tak makan sini. Ingatkan nak bungkus je. Maklumlah bujang kadang-kadang malas nak masak, datang sini beli lauk”. Tersengih Razif.
                “Oh kalau macam tu, meh la makan sekali dengan kitorang,” pelawa Pak Budin. Sekali lagi Syazwan dan Sofea terkejut. Juriah tersenyum lagi memandang Sofea. Sofea membulatkan matanya.
                “Eh, takpelah. Ganggu pulak nanti. Seganlah”. Razif malu-malu kucing. Sofea dah mula menyilangkan tangannya tanda dia tak bersetuju nak makan sekali dengan Razif. Sekali dia menjeling Razif.
                “Tak ganggu pun cikgu. Duduk, duduk,” Pak Budin menjemputnya duduk. Akhirnya Razif duduk tepi Juriah. Depannya Sofea dan Syazwan. Bila lihat Syazwan dia berfikir sejenak. Macam pernah nampak. Ditenungnya lagi Syazwan sampai membuat Syazwan tak selesa. Sofea sudah menyedarinya, “dia adik saya lah, Syazwan, budak kelas 4 Arif”.
                “Oh, Syazwan. Top student tu kan? Wah, jadi korang ni adik-beradik?” tanya Razif. “Hurmmm,” balas Sofea. Mereka meneruskan makan malam dengan juadah yang enak-enak. Tomyam yang masih panas, daging merah, telur dadar dan jus-jus yang menyegarkan. Mereka berbual-bual sepuas-puasnya. Cuma Razif yang diam sedikit sebab tak biasa.
                “Razif, orang tua Razif duduksini juga ke?” soal Juriah.
                “Tak. Diorang duduk kat Kuala Lumpur. Saya duduk sini sorang-sorang je,” jawab Razif dengan sopan.
                “Tak kawen lagi?” Juriah soal lagi.
                “Belum”. Razif tersengeh-sengeh menggaru kepalanya.
                “Ada berapa adik-adik beradik?” sambung Juriah. Banyaklah pula soalan mak Sofea ni.
                “Saya ada dua orang abang. Tapi dua-dua dah berkeluarga”. Kalau boleh, Juriah nak sambung soal siasatnya tapi dihalang oleh Sofea. Sofea mencuit kaki ibunya dengan kakinya. Terbantut niat Juriah.
***
                Pada hari Sabtu sekolah semua cuti, inilah masanya Sofea pergi ke rumah Rifqie. Dia masih tidak putus asa. Semalam pun dia ada bertikam lidah dengan Razif pasal Rifqie. Razif beri nasihat kepadanya supaya dia tidak mendekati Rifqie lagi. Bukan soal cemburu sahaja, tapi Razif risaukan Sofea. Menengokkan keadaan Azlan yang agak parah kena tumbuk dengan Rifqie, Razif tahu Rifqie boleh bawa bahaya kepada Sofea. Tapi naluri cikgunya amat kuat. Sofea teringin sangat nak membantu menyelesaikan masalah Rifqie. Akhirnya dia buat keputusan untuk bertemu ibubapa Rifqie.
                Dari luar, Sofea melihat rumah kayu lama Rifqie. Dari keadaan rumah tu, dia boleh tahu Rifqie ni memang orang susah. “Assalamualaikum,” Sofea memberi salam. Salamnya tidak dijawab. “Assalamualaikum,” Sofea memberi salam lagi namun tiada jawapan. Tiba-tiba dia terdengar benda pecah. Kemudian Sofea dengar suara-suara yang tengah bertengkar. Dia pasti itu adalah suara Rifqie. Sofea cepat-cepat menerjah pintu rumah yang tak berkunci itu. Dia terkejut tengok Rifqie dan ayahnya sedang bergaduh.
                “Mana duit aku, aku nak duit aku sekarang,” tengking ayahnya.
                “Takdelah ayah. Mana Rifqie tahu. Ayah yang mabuk entah-entah guna semua duit tu untuk berjudi,” balas balik Rifqie. Ayahnya menampar Rifqie sampai terjatuh. Sofea kaku melihat keganasan ayah Rifqie. Dia tak berani untuk mendekati mereka.
                “Anak kurang ajar. Aku nak duit sekarang juga,” sambung ayahnya.
                “Aku takdak duit la bongok”. Rifqie mula kasar dengan ayahnya. Terkeluar perkataan ‘aku’ dan ‘bongok’. Ayahnya sudah tidak dapat mengawal amarahnya. Dia menarik tali pinggang dari seluarnya. Bertalu-talu dia sebat Rifqie. Sofea yang tercegat dari tadi tak mampu melihat Rifqie disebat lagi. Dia memberanikan diri untuk menghalang ayahnya. Tapi ditolak oleh ayahnya. “Kau jangan masuk campur,” tengking ayahnya. Dia sebat Rifqie lagi. Sofea yang terduduk ditolak ayahnya tak berputus asa, bangun dan cuba menghalangnya lagi. Kali ni ayahnya menolak Sofea dengan lebih kuat lagi. Sofea terlempar dan terhantuk di bucu meja. Agak kuat bunyi hentakan itu. Berdarah dahi Sofea. Akhirnya Sofea pengsan. Rifqie yang baru perasan cikgunya yang terhantuk tadi begitu terkejut.
                “Cikgu!”
***
                Sebaik sahaja dapat panggilan dari Zaiton, Razif bergegas mengambil kunci keretanya. Dia menghidupkan enjin keretanya. Kali ni dia tak guna vespanya sebab dia akan lambat sampai di hospital. Dalam perjalanan, Razif hanya memikirkan Sofea. Dia sangat risau kalau terjadi apa-apa kepada Sofea. Aku dah cakap jangan dekat kau degil. Kan dah jadi macam ni. Dia memarkirkan keretanya. Tapi tempat parkirnya jauh dengan bangunan yang Sofea diwadkan. Dia berjalan cepat-cepat untuk jumpa Sofea.
                Dari luar bilik dia nampak Sofea terlantar atas katil. Sofea. Dia meluru masuk. Dia bersalam dengan Pak Budin. “Macam mana dengan keadaan Sofea pakcik?” tanya Razif.
                “Doktor cakap Sofea mengalami trauma sedikit dekat kepalanya. Tapi semua dah ok. Doktor cakap dia semakin stabil dan perlu rehat secukupnya. Mungkin dia terlalu stress dengan kerjanya,” jelas Pak Budin. Di bucu bilik Rifqie tercegat melihat cikgunya. Dia rasa bersalah. Disebabkan dia, Sofea jadi macam ni. Razif ternampak Rifqie tercegat disitu terus dia mendekati Rifqie. Diragutnya kolar baju Rifqie.

                “Kau lah sebab cikgu Sofea jadi macam ni, kau tahu tak,” tengking Razif. Rifqie tak melawan. Mungkin Rifqie merasakan yang dia patut dimarahi. “Kalau jadi apa-apa dekat Sofea, siap kau aku kerjakan,” sambung Razif. Pak Budin cuba menenangkan Razif lalu Razif melepaskan kolar Rifqie. Rifqie hanya diam. Razif balik ke katil Sofea. Sofea. Dia mengeluh panjang.

No comments:

Post a Comment