Pages

Tuesday 15 July 2014

SAMPAH



“Kakak! Yang ni cantik sangat, sesuai sangat ngan kakak, try laa.” Datin Azliana menunjukkan salah satu baju pengantin di butik kepada anak sulungnya, Nurul Jannah. Lebih kurang sebulan lagi, Jannah akan mengecapi impiannya untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya, Maliki Azhar. Mereka berkawan sejak sekolah menengah lagi. Kedua-duanya dari keluarga berada dan anak kepada orang kenamaan. Ayah Nurul Jannah, Dato’ Sarfuddin yang juga rakan kongsi kepada ayah kepada Maliki Azhar, Dato’ Hafiz bersama-sama menerajui salah satu syarikat terkemuka di Malaysia. Sama padan, sama cerdik, sama molek, bak pinang dibelah dua, Jannah dan Maliki akan mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan. Jannah dan Maliki juga bekerja di syarikat yang sama.

“Cantik tak ibu?”
“Cantik sangat kakak. Kakak memang cantik, pakailah apapun, kan Maliki?” soalan berbalik kepada Maliki.
“Cantikla macam ibunya.” Maliki menjawab sambil tersenyum.
“Adik, ok tak baju ni dengan kakak?” Jannah tanya adiknya pulak. Nururl Ain hanya mengangguk dan senyum kepada kakaknya. Nurul Ain merupakan anak bongsu kepada Dato’ Sarfuddin dan Datin Azliana. Tapi Nurul Ain lain daripada yang lain. Anak yang istimewa ini sangat disayangi sama seperti Dato’ dan Datin menyayangi Jannah. Nurul Ain mempunyai penyakit autism, boleh bertutur tapi kurang jelas. Boleh berkomunikasi dan berfikir tapi sedikit lambat berbanding orang lain.

“Kakak memang cantik, macam ibu, macam adik.” Kata-kata itu membuat Jannah, Datin, dan Maliki ketawa. Saat-saat ini, mereka sangat gembira. Gembira tak terkata.


“Jannah, tak larat dah, stop kejap weh.” Termengah-mengah Syazwani mengejar Jannah.
“Ala kau ni, baru 5 minit jogging, dah semput.”
“Ah kau, selalu jogging takpe la. Aku ni, sejak merentas desa sekolah menengah tu, tak pernah sekalipun jogging.
“Tula, aku ajak jogging taknak.”
“Yela, yela whatever. Aku tahu la kau nak kuruskan badan. Maklumla, nak kahwin kan,” sengeh Syazwani.
“Heh, aku kalau tak kawen pon aku jogging jugak tau.”
Syazwani hanya mencebik bibir dan menjeling sahaja.
“Kenapa kau tak ajak je jantung hati kau tu? Ni tak, aku je yang jadi mangsa.”
“Eh, bakal pengantin tak boleh jumpa selalu. Nanti hilang seri time berkahwin tu, hihihihihi,” tersipu-sipu Jannah sambil menarik baju Syazwani.
“Habistu, Maliki tak gi la reunion petang ni?”
“Tak, lagipun dia ada urusan bisnes sikit. Tak bolehla join.” Jannah masih tersengeh-sengeh.
Syazwani hanya melayan kegedikan Jannah dan mereka meneruskan misi untuk keliling satu tasik Titiwangsa itu.

“Jannah, mana Maliki? Tak datang ke?” tanya Hamizan.
“Oh, dia ada hal sikit.”
“Sepatutnya pengantin baru kene rilek-rilek sikit,”
“Eh, mana boleh macam tu. Dia kene cari duit banyak-banyak nak sara aku nanti,” gurau Jannah. Kawan-kawan yang lain turut ketawa. Hari itu, mereka telah mengadakan reunion kelas 5 Alfa. Mereka berbual sepuas-puasnya, menceritakan apa yang telah terjadi dan rancangan masa depan masing-masing. Mereka merupakan bekas pelajar sekolah elit dimana pelajarnya cemerlang dalam pelajaran. Sudah 8 tahun berlalu, semua kawan-kawan Jannah dan Maliki berjaya dalam kehidupan masing-masing. Ada yang jadi doktor. Ada yang jadi akauntan, jurutera, peguam, arkitek, dan macam-macam lagi. Ada yang jadi pelukis terkenal. Tempat mereka adakan reunion juga merupakan restoran milik kawan mereka. Jannah bukan sahaja lahir dalam keluarga kenamaan, dia juga disekelilingi kawan-kawan yang berjaya dan masa depan yang cerah. Nak dipendekkan cerita, Jannah memiliki segalanya. Paras rupa, harta, kebijaksanaan, keluarga bahagia, dan kawan-kawan yang memahami. Disebabkan itu, dia tidak bergaul dengan orang-orang biasa. Bukannya dia tidak sudi, tapi Jannah tidak biasa dan terasa kekok. Bukannya dia sombong, tapi dia tidak tahu macam mana nak berinteraksi dengan orang biasa.


“Helmi, aku dengar Jannah nak kahwin. Betul ke?”
Saat itu Helmi terkejut dan terdiam. Dia merenung tajam kearah Syamil, “kau saja nak potong aku pagi-pagi ni pesal? Dah kalau kalah tu buat macam kalah jelah. Aku cakap jangan lawan kau lawan. Sekarang apa jadi? Jadi habuk. Memalukan aku.”
“Wey, kau nak marah pesal? Aku tanya je? Takde kene mengena dengan racing semalam arrr. Nih, sekarang kecoh satu kampung, Nurul Jannah Dato’ Sarfuddin nak kahwin. Fuhhh macam gempak, orang cakap ‘wedding of the year’.” Syamil saja mengapi-apikan Helmi. Sememangnya Syamil tahu Helmi amat tergila-gilakan Jannah dari darjah enam lagi. Ketika itu Jannah berumur 14 tahun. Memang Helmi muda sikit daripada Jannah tapi itu tidak menghalangnya menyukai Jannah.

Helmi Faiz, sangat dikenali oleh orang kampung dengan perangai buruknya. Suka melepak, bergaduh, berlumba motor, dan selalu buat kacau. Orang-orang kampung tidak menyukainya dan kawan-kawannya. Golongan ini bagaikan tiada masa depan dan selalu menyusahkan orang. Sekarang, mereka tidak melakukan sebarang pekerjaan, sambung pelajaran jauh sama sekali. Cuma Helmi kadang-kadang membantu Syamil dekat bengkelnya membaiki motor dan kereta.

“Helmi! Helmi!” jerit Mustafa mencari anaknya sebaik sahaja memasuki rumah kedai tu.
“Kau curi duit aku lagi, bak sini duit tu,” marah Mustafa.
“Helmi tak ambik la Abah.”
“Apa ni abang bising-bising ni?” giliran ibunya pula, Salmah marah balik suaminya.
“Anak awak ni curi duit saya lagi, Salmah.”
“Dia tak ambil duit tu. Jangan sebarangan nak tuduh anak kita pulak.”
“Kalau dia tak ambik, mana duit tu. Kalau kat rumah ni, dia lah si tangan panjang,”
Tak habis-habis suami isteri itu bergaduh tentang anak mereka. Helmi mula rimas dan masuk dalam bilik. Pintunya ditutup dengan sekuat-kuatnya tanda protes.
“Hah awak tengok. Awak tengok anak awak. Manjakan sangat sampai dah jadi pencuri.”
“Kenapa nak asyik salahkan anak kita. Dia tak salah.”
Tak habis-habis Salmah menyebelahi anak terunanya. Cerita buruk pasal anaknya juga tidak dihiraukan. Baginya, Helmi satu-satunya anak dia selepas anak sulungnya meninggal dunia dan Salmah sangat menyayangi Helmi walaupun sejahat mana Helmi.


Maliki: Awak, jom keluar..dah lama tak keluar..
Jannah: Sorry la awak, bukan saya taknak..tapi ibu tak bagi..
Maliki: Boring..rindu..
Jannah: Be patient, darling..2 minggu je lagi..hihihi :)
Maliki: Alaa, merajuklah macam ni..taknah sudah..
Jannah: Merajuk plak..ok laa..keluar kejap je ye
Maliki: Baik, madam..kul 2 boleh?
Jannah: Ok..nanti nak g main archery dulu kat TS boleh?
Maliki: Anything for you.. <3

Sudah 2 minggu Maliki dengan Jannah tak bersama sejak fitting baju pengantin dulu. Maliki ikut sahaja permintaan Jannah yang hendak main archery walaupun membosankan. Maliki ikut sahaja apa yang Jannah minta sebab dia terlalu sayang bakal isterinya itu. Hobi Jannah pula memanah dan main video game dekat pusat permainan game. Selalunya Jannah akan bermain game tembak-menembak dan selalu kalahkan Maliki. Itu memang kehandalannya dan Jannah selalu berbangga dengan bakatnya itu.

“Ok, tadi saya menang game tadi, so kena belanja saya.”
“Yela, yela!” muncung Maliki.
Jannah tetiba ketawa sorang-sorang.
“Ni kenapa gelak sorang-sorang” Maliki menunding jari dekat muka Jannah.
“Tangan belok,” sindir Jannah. Jannah terus ketawa. Tak habis-habis Jannah menyindir Maliki sebab Maliki tak pernah pandai bermain game tembak-tembak tu. Begitula mereka dari sekolah menengah, keluar mesti pergi main game dulu, lepas tu tengok wayang, lepas tu makan. Maliki layankan je kerenah Jannah. Kenakalan Jannah itulah yang mencuit hati Maliki.

Sebuah kereta BMW RX8 meluru masuk teratak Dato’ Sarfuddin.
“Taknak masuk dulu jumpa ibu ayah ke?”
“Takpela, letihla.”
“Ok. Jumpa nanti ek.”
“Jannah!” Maliki menghampiri Jannah. Sangat hampir, bibir mereka hampir bertemu.
“Awak, belum masanya lagi. Tak baik,” Jannah menolak Maliki.
Terpapar kekecewaan di wajah Maliki. Dia tahu yang tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan gadis pujaannya. Namun, kadang-kadang keimannya berbolak-balik bila melihat gadis yang cantik seperti Jannah dan dia mahukan belaian mesra dari Jannah. Tapi Jannah sangat menjaga maruah diri walaupun tidak sempurna auratnya. Banyak kali Maliki cuba untuk pegang tangan Jannah tapi Jannah tak mahu. Maliki terpaksa terima seadanya Jannah kerana dia sangat mencintai Jannah.


“Helmi!” satu tumbukan terkena di muka Helmi. Hidungnya mula berdarah. Tidak sempat membalas, satu lagi sepakan kena di perutnya. Helmi menahan dan cuba bangun tapi dia diserang bertubi-tubi 3 orang lelaki. Keluar cecair merah pekat dari mulutnya. Kalau seorang mungkin Helmi boleh lawan. Syamil yang baru sampai meloroh masuk bengkel tempat kebiasaan diorang melepak. Syamil serang salah seorang daripada 3 orang dan menghlang daripada 2 orang lagi terus membaham Helmi.
“Weh, kau gila apa? Kau kenapa takde angin ribut senang-senang kau rodok Helmi hah? Marah Syamil.
“Dia ni, beruk ni, dah rogol adik aku. Kartini dah mengandungkan anak beruk ni!”
“Kau jangan nak main tuduh-tuduh. Helmi, betul ke?”
Helmi yang sudah longlai itu masih berusaha, bersusah payah untuk bangun sambil memegang perutnya yang sakit itu. “Dah berapa lelaki dia buat projek, aku jugak yang jadi mangsa. Kartini, Kartini. Pandai dia cari tupai,” Helmi masih tersenyum kambing walaupun sedang menerang kesakitan.
“Ingat Helmi, kau takkan selamat kalau anak tu anak kau. Lubang cacing aku cari kau. Kau takkan lepas,” ugut Hisyam yang juga merupakan budak kampung itu.
“Baik kau blah dari sini. Blah la!” bentak Syamil. Hisyam dan geng-gengnya berambus dari bengkel itu.
“Helmi, betulkan bukan kau?” Syamil memandang pelik.
“Bukan akulah,” Helmi menerang kesakitan. “Bukan setakat rogol, kalau dia bagi free pon aku tak hingin la muka macam badak sumbu, memang taknak la aku. Aduhh,” Helmi mengelap darah yang keluar dari hidung dan mulutnya. Syamil membantu Helmi pergi klinik untuk dapatkan rawatan.



“Eh Along rupanya. Jannah, Ain, turun la. Along datang ni,” Datin Azliana tersenyum sebaik sahaja membuka pintu untuk anak saudaranya itu. Ahmad Fariz merupakan anak sulung kepada adik Dato’ Sarfuddin, sepupu kepada Jannah dan Ain. Mereka sangat rapat dengan Fariz dan empat adik beradiknya yang lain sebab ibubapanya tinggal di kampung sebelah sahaja. Anak-anak saudaranya selalu datang rumah itu terutama sekali Fariz.
“Along, macam mana Jakarta? Best?” Jannah teruja bertanyakan soalan.
“Tak best lansung,” meleset sama sekali jangkaan Jannah.
“La, kenapa pulak?”
“Kering je tempat tu.”
“Pelik la Along ni. Orang kalau duk luar negara mesti citer tu citer ni. Hah, ikut la apa-apapun. Hadiah, mana hadiahnya?”
“Hadiah apa pulak.”
“Alah Along, dan janji lupa. Hadiah kawen Jannah la.”
“Heyy, tunggu kawen laa dulu baru Along kasi. Tak sabar bebonar.” Jannah mencebik bibir.

“Assalamualaikum,” Maliki bagi salam. “Waalaikumussalam, oh Maliki. Maliki dari mana ni?” tanya Datin Azliana. Maliki mencium tangan bakal ibu mertuanya.
“Ada hal dekat-dekat sini sikit ibu.”
“Haa, molek la Maliki datang ni, Along baru balik dari Jakarta. Boleh la bersembang-sembang kejap. Diorang ada dekat kolam nuh. Pergi laa dulu, nanti ibu bawak air.”
Maliki terus pergi ke kolam. Dari dalam rumah dia nampak Fariz, Jannah dan Ain bersembang. Dia sedikit kekok dengan Fariz sebab dia tak rapat sangat dengan Fariz. Sebaik sahaja menegur Jannah yang tengah melayan Ain, dia terus menghampiri Fariz. Mereka bersalaman. Agak lama masa yang diambil untuk mereka memulakan perbualan.
“Along balik lama ke?” Maliki memulakan dulu.
“Kejap je. Lepas resepsi, aku balik Jakarta terus kot.”
“Oh.” Singkat sahaja perbualan mereka sebelum Datin Azliana bawa air untuk mereka. Sebenarnya, Fariz dan Maliki sudah lama kenal satu sama lain. Cuma diorang pura-pura tak kenal ketika Jannah memperkenalkan Maliki kepada Fariz sewaktu Maliki hantar rombongan meminang.


Fariz memasuki bengkel Syamil. Fariz mencuit-cuit kaki Syamil yang sedang membaiki kereta.
“Waduu waduu waduu Pak Fariz rupanya, lama tak ketemu. Awek Indon gimana sik?” tegur Syamil dengan bahasa Indonesianya sebaik sahaja Syamil keluarkan badannya dari bawah kereta itu.
“Sihat bro?”
“Macam nilah. Macam yang kau tengok sekarang ni.” Syamil tersenyum sambil menepuk bahu Fariz.
“Mana Helmi?”
“Nuh, tengah buat taik mata.” Syamil merujuk tempat Helmi tidur dengan mulutnya.
Fariz melihat kearah yang ditunjukkan Syamil. “Mama tu dah tahu ke Jannah nak kawen?”
“Dah.” balas Syamil ringkasnya.
“Habistu, dia taknak buat apa-apake?”
“Tak tahu la aku yang tu. Kau tanya laa dia sendiri. Aku dah tanya, dia buat dek je. Kau datang dengan apa? Tak bunyi kereta pun.”
“Tu.” Fariz mengarahkan matanya kearah basikal fixie hijaunya.

“Hoi bangun!” Fariz menolak badan Helmi yang tengah lena mimpi siang hari itu. “Hoi choi!”
Helmi membuka mata dengan perlahan. Agak lama untuk dia mengecam siapa yang membangunkan dia dari tidur lenanya. Selepas dia dapat cam yang itu adalah Helmi, dia terus membaringkan badannya membelakangi Fariz dan tidur balik.
“Hoi, Jannah nak kawen. Kau tak marah ke?”
“Hurmmmm.” Helmi terus baring dan tak mempdulikan Fariz.
“Aku tak sukalah dengan Maliki tu. Berlagak. Poyo. Menyampah.” Helmi masih tak menghiraukannya.
“Heh, degarlah ni. Helmi!” Saat itu Helmi dah tak tahan dia pun bingkas bangun dan duduk atas sofa yang dia baring tu.
“Kau nak suruh aku buat apa? Dah dia taknak kat aku? Aku pun sedar aku ni siapa dia siapa.” agak tinggi sikit suara Helmi. Namun, ada nada kecewa dalam suaranya. Dia sudah berputus asa selepas 11 tahun dia mencuba mendapatkan cinta Jannah. Dan kini dia sudah 23 tahun, dia menjadi matang dalam bab percintaan dan menghadapi realiti sebenar walaupun dia seorang budak nakal.
“Ni dah kenapa dengan muka. Dah-dahla gaduh. Kita dah besar, bukan macam dulu.” Dari sekolah rendah, mereka berkawan baik dan lepak sekali. Kadang-kadang bergaduh dengan budak-budak lain. Fariz, tidak seperti Jannah atau Maliki, dia boleh berkawan dengan orang-orang biasa walaupun dia juga dari keluarga berada. Disebabkan itulah, Helmi dan Syamil suka berkawan dengan Fariz sebab dia tidak berlagak seperti anak-anak orang kaya yang lain. Helmi dan Syamil lah yang melindungi Fariz dari kena buli.
Keadaan menjadi sunyi seketika. Kemudian Fariz sambung balik kata-katanya. “Aku cukup tak suka dengan Maliki tulah. Aku tahu sangat perangai sebenar dia. Sophisticated la kononnya, CEO? Huhhhh.”
Helmi terus senyap, sambung baring balik dan tak memberi respon selepas mendengar. Dia cuba menutup matanya walaupun dia sudah tak rasa mengantuk. Fariz masih disitu, ingin menerangkan lagi perangai sebenar Maliki.
“Dia player, tak setia. Dia pernah kebas awek aku. Belakang Jannah, dia main kayu tiga empat lima. Aku tahulah, sebab kawan-kawan aku pun kenal Si Maliki ni. Aku pun pernah nampak Maliki bawak perempuan mana entah masuk hotel.” Helmi terus membuka matanya dan terus bangun.
“Habistu, kau tak bagitau Jannah.”
“Dah, tapi Jannah percaya. Dia cakap dia kenal siapa Maliki. Maliki baik, Maliki tak buat tu, tak buat ni, Maliki blah blah blah.”
Daripada gerak geri badan Helmi, Fariz tahu Helmi sangat resah sekarang. Kalau dia terpaksa lepaskan Jannah kepada orang yang baik, dia boleh menerimanya. Tapi kali ni, dia dah tahu perangai Maliki sebenar, dia takkan berdiam diri.


Lagi seminggu perkahwinan antara Jannah dan Maliki akan berlangsung. Pada hari itu, Maliki mahi menjemput Jannah untuk mengambil baju pengantin di butik yang dia tempah hari itu. Kali ni, Maliki hanya tunggu diluar pagar. Sebaik sahaja Maliki keluar, satu hentaman kuat terkena di hidungnya. Rupa-rupanya dia baru sahaja ditumbuk oleh Helmi.
“Ni untuk kau main-mainkan Jannah.”
“Hoi, apa yang kau merepek ni?” Nak sahaja Maliki balas balik tapi Jannah sudah muncul. Dia kenalah jaga perlakuannya agar dia nampak kelihatan tidak bersalah dalam hal ni.
“Helmi! Apa yang kau buat ni?”. Saat itu Maliki hanya tersenyum kerana dia tahu Helmi akan disalahkan.
“Jannah, baik awak jangan kawen dengan dia. Tolonglah, Jannah.”
“Habistu, kau nak suruh aku kawen dengan siapa. Kau nak suruh aku kawen dengan sampah macam kau?” kata-kata itu sangat tajam menusuk kedalam hati Maliki.
“Jannah, memang aku sampah tapi dia lebih teruk dari aku. Dia ni, najis.” Helmi mamandang tajam kearah Maliki. Maliki hanya berselamba tersengeh. Jannah mula menghampirinya dan memberi amaran dekat Helmi. “Helmi, kau nak apa? Kau jangan kacau aku lagi! Kalau aku tahu kau buat masalah lagi, siap kau. Aku takkan maafkan engkau.” Jannah menunding jari kearah muka Helmi sebagai tanda amaran.
“Baiklah, kita tengok nanti.” Helmi terus beredar dari situ.

            “Awak ok tak ni? Nak pergi klinik tak?”
“Ok je, takyah lah gi klinik. Marah pula Mr. Am tengah tunggu kita.”
“Dia ni, tak habis-habis buat kacau. Risau lah saya. Kita buat report polis jom lepas ambik baju.”
“Perkara kecik je ni! Takyahlah nak besar-besarkannya.”
“Perkara kecik awak cakap. Kalau Helmi buat kacau masa kita kawen macam mana?”
Maliki hanya diam. Huhh, setakat samseng taik minyak macam Helmi, aku boleh setelkan lah. Setakat sampah macam tu, huh.



“Helmi, Join tak racing Mambo malam ni,” tanya Syamil.
“Tak kot. Malam ni aku ada hal. Takpela kau pergi jelah. Tapi ingat, jangan kalah lagi. Kau bawa nama aku. Kalah, siap kau.”
“Baik bos.” Syamil memeriksa motornya untuk siap siaga untuk perlawanan malam ini. “Ermmm Helmi, apa citer Jannah?” Helmi tak membalas pertanyaan Syamil.

Malam itu, macam kebiasaan Jannah akan menidurkan adiknya terlebih dahulu sebelum dia masuk biliknya. Cuma malam tu, ibu ayahnya tiada dirumah, balik kampung semalaman pergi kenduri kahwin sepupu sebelah ibunya. Jannah keluar dari bilik adiknya dan terus menutup pintu bilik. Sebaik sahaja selangkah berjalan, seluruh lampu dalam rumah terpadam. Hanya lampu tepi jalan yang samar-samar memasuki melalui tingkap. Jannah mula rasa berdebar. Entah kenapa, Jannah memang rasa tak sedap hati sejak petang tadi. Kemungkinan sebab ibu ayahnya tiada dirumah. Tapi, dia bersikap tenang mencari papan suis utama dekat ruang tamu. Terkejut, terhenti langkah Jannah sebaik sahaja melihat sesusuk tubuh lelaki berpakaian gelap, muka ditutup dengan topeng. Kaku kakinya, otaknya kosong. Degupan jantungnya semakin laju sebaik sahaja lelaki itu mula menghampirinya. Dia mengundurkan kakinya, terasa berat kakinya. Dia sedaya upaya lari dan menuju kearah bilik. Jannah buntu, tak tahu nak buat apa. Dia berlari dan terus berlari naik tangga menuju biliknya. Dia berjaya masuk biliknya dan mengunci pintu biliknya. Kemudian dia terus teringat adiknya. Adik. Adik.
Jannah membuka pintu untuk pergi selamatkan adiknya. Namun, dia tersilap langkah sebaik sahaja lelaki itu berada depan biliknya bila dia membuka pintu itu. Jannah cuba untuk tutup pintu tapi lelaki itu lebih kuat untuk menolak pintu itu.
“Tolong! Tolong!” jerit Jannah. Namun jeritannya tak didengari oleh sesiapun pun.
Kali ini suaranya lebih perlahan. “Tolong, jangan buat aku macam ni”. Rayuan itu tidak didengari oleh lelaki itu. Lelaki itu memeluk Jannah seerat mungkin. Kali ini, dia takkan lepaskan Jannah. Dia menolak Jannah keatas katil. Dan sekarang Jannah tak berdaya dan tak mampu untuk lawannya. Kemahiran dia berlawan dalam video game tidak dapat dizahirkan dalam realiti. “Kenapa kau buat aku macam ni?”. Dia diperkosa.


“Jannah! Jannah. Buka pintu!” Awak, ambik kunci sekarang jugak.” Dato’ Sarfuddin mengetuk bilik Jannah berkali-kali tapi Jannah tak membukannya. Dari pagi tadi, dia mengurungkan diri dalam bilik. Dato’ Sarfuddin mula risau begitu juga dengan Datin Azliana. Datin Azliana cepat-cepat memberi kunci bilik Jannah kepada Dato’.
“Kakak, kakak. Panggil Datin mencari-cari anaknya selepas dapat membuka pintu. Tiada atas katil, pasangan itu terus masuk mencari Jannah dalam biliknya. Pintu koridor biliknya terbuka, mereka terus pergi kearah koridor mencari Jannah.
“Ibu, ayah. Kenapa ni?”
Dato’ dan Datin berpaling kearah Jannah yang sedang mengeringkan rambut dengan tuala.
“Kenapa tak buka pintu tadi? Bagaikan nak rak ayah ketuk.”
“Jannah mandi tadi. Kenapa ni?”
“Kakak, lain kali jangan buat macam ni. Buat ibu ayah risau je. Dari pagi tadi ibu ketuk pintu tapi kakak tak buka.” giliran Datin pula memarahi anaknya.
“Jannah tidurla, sakit kepala memikirkan event nanti.”
Dato’ Sarfuddin memicit kepalanya yang tak sakit. Tapi kelihatan ayahnya sangat marah dan terus beredar dari situ.

“Kakak, kenapa pucat muka ni? Tak sihatke?” Datin Azliana sentuh dahi anaknya untuk periksa suhu badan Jannah.
“Jannah ok la, cuma penat sikit.”
Jannah terus masuk kamar untuk rehatkan diri. Keseorangan, Jannah mula mengimbau kembali kejadian semalam. Matanya berkaca dan akhirnya dia tuundukkan kepalanya dan menangis. Dia pendam segala-galanya dan satu tekanan yang boleh membuat dia tidak waras. Dia semahu-mahunya menangis dan memegang kepalanya. Dia berlagak normal, seperti tiada apa yang berlaku. Seboleh-bolehnya dia taknak bagitahu sesiapa kerana tak mahu merosakkan mahligai impiannya tak lama lagi. Bagaikan tak siuman, badannya tak terurus, rambut kusut masai. Jannah berdepan dengan dirinya sendiri dihadapan cermin. Jannah melihat gadis didepan matanya kini sangat kotor. Dengan perlahan, Jannah membuka laci, dia merenung sahaja sesuatu yang ditinggalkan oleh lelaki jahanam itu.
Malam itu, Jannah dihantui mimpi-mimpi ngeri. Jannah dah tidak dapat tahan perasaannya lagi. Seraya itu, Jannah bangun dari katil dan menghampiri cermin dan membuka laci. Kali ini, dia memegang benda itu walaupun tangannya terketar-ketar. Dia nekad.


Sebuah kereta Honda Jazz hitam meluru masuk halaman rumah usang. Itulah rumah Mustafa dan Salmah. Helmi yang baru sahaja naik motor kaget sebentar. Bukanke tu kereta Jannah? Buat apa dia disini? Helmi mula tersenyum sebaik sahaja pintu kereta dibuka. Namun, riak wajahnya berubah ketakutan bila Jannah mengacukan pistol kepadanya.
“Jannah, awak nak buat apa ni? Awak, letak benda tu sekarang jugak!”
“Kenapa takut? Bukanke pistol ni kau punya?” Tangan Jannah terketar-ketar memegang pistol itu. Dia tersenyum bagaikan oranag tak siuman.
“Jannah, kenapa? Aku buat apa sampai awak benci saya. Tolong Jannah. Jangan jadi gila macam ni.”
Senyuman Jannah tadi bertukar kepada kemarahan. Diatidak dapat kawal lagi dirinya. Dia jadi lagi gila bila nampak Helmi. “Kau! Kau binatang! Sanggup kau buat aku macam ni?” Air mata Jannah mula bercucuran. “Kenapa aku Helmi? Kenapa bukan perempuan-perempuan lain?” Dia tekad untuk menarik picu pistol itu. Satu das tembakan dilepaskan. Helmi terus jatuh ke tanah dengan lumuran darah. Sasaran Jannah tepat kena jantung Helmi. Ya, jantung inilah yang selama ini milik Jannah.
Jannah rebah, tak sangka apa yang telah dia lakukan. Dia, gadis dari keluarga kenamaan, bukan calang-calang perempuan, seorang bijak pandai, tak pernah terlintas dalam fikirannya melakukan perbuatan terkutuk ini.
“Ya Allah! Helmi!” jerit Salmah.


Tamat sudah perbicaraan, Jannah sepatutnya dihukum gantung sampai mati namun hukuman diringankan kepada penjara seumur hidup atas sebab-sebab berkaitan kesihatan mental ketika dia melakukan kesalahan. Hakim telah memutuskan hukuman dan menamatkan perbicaraan. Langkah Jannah tidak semegah dulu. Sebaik sahaja dia keluar dari tempat saksi, satu tamparan kuat kena di pipinya.
“Kau, kau pembunuh.” kebencian dan kemarahan terserlah dalam mata Salmah. Siapa yang tak marah bila anaknya dibunuh.
Tanpa rasa bersalah, Jannah menjawab. “Tak, aku bukan pembunuh. Aku cuma sapu sampah. Sampah busuk!” Pegawai-pegawai cuba menghalang Salmah mendekati Jannah tapi Salmah memberi satu tamparan lagi. “Kenapa? Hina sangatkah anak aku? Hina sangatkah kami sampai kau sanggup bunuh dia. Dah lama dia sayang kau!”
“Dia sayang aku? Siapa dia? Dia sepatutnya sedar dia tak layak dengan aku! Aku, anak Dato’ Sarfuddin, dia? Aku SPM 10A, dia? Aku budak u, dia? Aku, aku bukan perempuan murah macam perempuan yang hulur ke hilir dengan jantan, dia? Helmi, dia hanyalah sampah!” lantang dia membandingkan dirinya dengan Helmi.
“Dia tak layak sentuh aku! Dia tak layak untuk sayang aku!”


Dimalam kejadian, Helmi sepatutnya menyertai perlumbaan dengan Syamil. Tapi, malam itu dia sudah ada janji dengan ibunya untuk pergi hospital untuk mendapatkan rawatan kemoterapi. Ternyata, bukan Helmi yang memperkosa Jannah. Lelaki jahanam itu adalah tunangnya sendiri, Maliki. Maliki yang meletakkan pistol ditepi Jannah sebab dia tahu Helmi akan disalahkan. Maliki tidak pasti permainannya berakhir macam mana. Dia hanya membuat eksperimen sama ada Jannah akan melakukan sesuatu atau tidak. Tidak sangka, Jannah akan bertindak sebegitu. Sudah lama dia tidak puas hati dengan layanan Jannah terhadap dia. Dia rasa dialah pemenang tapi tidak lama selepas itu, dia dicekup polis atas kesalahannya mengedar dadah. Dia merupakan salah seorang tauke dadah besar di Kuala Lumpur. Tak cukup dengan itu, dia terlibat dengan rasuah dan kumpulan kongsi gelap. Sampai sekarang Jannah terus menuduh Helmilah pelakunya walaupun sudah terbukti Maliki bersalah. Dia tak boleh menerima kenyataan sampaikan dia jadi gila.

TAMAT



Sampah, bukan dia sahaja, aku engkau sama sahaja apabila hawa nafsu mengawal diri.
Pendosa, bukan dia sahaja, aku engkau sama sahaja walaupun pangkat menjulang tinggi.


No comments:

Post a Comment