Pages

Saturday 19 July 2014

CIKGU SOFEA



4

                Pagi tu, Sofea sudah bersiap-siap nak pergi ke sekolahnya. Dia menyarung kasutnya. “Sofea. Tunggu kejap. Mak ada nak bagi benda ni”. Sesudah memakai kasutnya, Sofea bangun. “Apa dia mak?”
                “Ni ha, mak ada buat nasi lemak siki pagi tadi. Syazwan dah pergi sekolah ke?”. Juriah melihat basikal Syazwan sudah tiada. “Hurmmm, takpelah. Nanti kamu bagi  jelah nasi lemak ni kat Syazwan”.
                “Ok lah mak. Tapi yang satu lagi ni untuk siapa?” Sofea kehairanan.
                “Yang ni kamu bagi kat cikgu Razif eh. Yelah, hari tu dia susah-susah datang rumah jenguk kamu. Apa salahnya kan? Walaupun dapat hadiah katak,” usik Juriah. Juriah ketawa kecil bila teringat Sofea yang menjerit sampaikan begegar satu rumah sebab terkejut dengan katak yang diberikan oleh Razif tu.
                “Mak!” marah Sofea.
                “Heshhh, kamu bagi aje”. Sofea terpaksa mendengar kata ibunya.
                Lama juga Sofea mengambil masa untuk bina kekuatan nak bagi nasi lemak ni kat Razif. Jatuhlah ego aku macam ni. Macam mana kalau dia fikir yang aku nak ngorat dia. Akhirnya dia memulakan langkahnya menuju ke meja Razif. Lagipun dia fikir dengan cara ni dia boleh minta tolong sesuatu dengan Razif. Mula-mula teragak juga Sofea nak bagi bekalan yang mak dia bagi tapi dia tahankan juga.
                “Razif, nah!”. Razif yang sedang main dengan telefon bimbitnya memandang bekas yang diletakkan atas meja tu. “Mende ni? Jangan-jangan awak nak prank saya ni,” was-was Razif. “Eh, elok sikit. Takdenya saya nak letak katak dalam tu. Mak saya yang suruh bagi awak. Mak kirim salam. Makanlah,” jemput Sofea. Mak? Hehehehe. Mulalah otak Razif menggatal.
                “Waa nasi lemak. Rezeki di pagi hari, hihihi”. Razif membuka bekas dan terus melahap. Tengah-tengah makan tu, Sofea masih ada disitu. Tersenyum-senyum pula tu. Lain macam je dia ni. Jangan cakap yang dia letak ubat julat dalam nasi lemak ni. Razif terus berhenti makan. “Eh, kenapa awak senyum-senyum ni? Mesti ada sesuatu ni. Awak letak ubat suruh saya cirit eh?” tuduh Razif.
                “Mana ada. Sedap-sedap je tuduh”.
                “Habistu kenapa tercegat je kat sini. Tak reti balik tempat awak?” sindir Razif. Sofea masih tersenyum keseorangan. Dia duduk atas kerusi kosong yang bersebelahan dengan meja Razif. Cikgu Maliki belum masuk bilik guru lagi. Jadi bolehlah dia duduk situ. “Saya nak minta tolong awak ni”. Lembut je suara Sofea kali ni.
                Memang dia ni sewel kot hari ni. Tak pernah-pernah berbaik dengan aku. “Hurmmm, apa yang awak nak?” tanya Razif. Razif sambung makan nasi lemaknya.
***

“Tiga kerat ni je, mana Akim dengan Rifqie” Razif tanya budak-budak basketball tu. Mereka bertiga hanya mengangkat bahu menandakan yang mereka tak tahu dimana Akim dan Rifqie. Razif mencengkak pinggangnya. Bersemangat sungguh dia, siap pakai baju t-shirt lagi. Ingatkan nak main sekali. Ishhh, budak-budak ni. Bukan main aku cop awal-awal court ni takut kelas lain ambik.Aishhhhh. “Korang semua bagitahu  diorang pasal practice hari ni?,” tanya Razif untuk memastikan yang Rifqie dan Akim sudah diinformkan tentang ini.
“Kitorang dah bagitau diorang cikgu. Tapi diorang tak tanya apa-apa pun,” jawab Haziq. “Takpelah dulu, kita start dulu,” sambung Razif. Bersemangat pula dia tawarkan diri untuk jadi jurulatih. Mana taknya, nak ambil hati Sofea.
5 jam lepas..
                “Razif, awak kena pastikan yang kelas kita menang tahun nih. Saya tak boleh kalah kali ni. Saya dengar awak pernah wakil sekolah main basketball dulu. Awak jadi jurulatih diorang boleh tak?” rayu Sofea.
                “Me? No way!” Razif menolak.
                “Please, please, please,” merayu Sofea kali kedua. Tak pernah dia berkelakuan macam ni dengan Razif. Tengok muka Sofea yang kesian, Razif mengiyakan je la.
                 “Kenapa awak pula yang semangat ni?”.
                “Adalah. Awak akan tahu juga nanti kalau kita menang”.
                Lain macam je minah ni. Mesti ada apa-apa ni.
***
                “Saya nak bagitahu awal-awal ni, tajuk hari ni agak susah. Jadi tolong beri perhatian sepenuhnya ye,” nasihat Sofea untuk pelajarnya. Dia teruskan pembelajaran kelasnya. Tak lama kemudian, dia terpandang tiga orang yang tengah lena tidur. Sofea menghampiri mereka. Pelajar-pelajar lain hanya memerhati.
                “Azlan! Abid! Akim!” marah Sofea. Kadang-kadang Sofea pun tak boleh tahan. Dia terpaksa guna kuasa gurunnya untuk memarahi budak-budak degil seperti Trio A ni. “Bangun sekarang!” lagi tinggi nada dia kali ni apabila budak bertiga tu tak bagi respon apa-apa.
                “Weh, memekak je!” tengking Azlan. Azlan menyepak mejanya tanda protes. Akim dan Abid yang baru saja bangun terus menggeliat dan menguap. Pura-pura tak salah. “Weh, jom keluar. Duduk dalam kelas ni, bernanah telinga aku nih,” ajak Azlan. Ketiga-tiganya bangun dan terus keluar melalui pintu belakang. Sofea kaget sampai dia tak boleh balas balik. Tapi dia masih tak berputus asa. Sofea keluar dari pintu bilik kelas.
                “Korang semua jangan ingat boleh lepas. Cikgu pastikan nanti korang terima hukuman sepatutnya,” jerit Sofea. Dia melihat budak-budak tu berlalu membelakanginya. Akim berpaling melihat kebelakang. Sempat lagi Akim senyum menyindir sambil melambai Sofea dengan topi yang dipakainya. Mereka bertiga tak takutkan Sofea sebab Sofea masih muda. Perempuan pula tu. Sofea menarik nafas dalam-dalam. Sabar Sofea, sabar.
                “Melampaunya mereka. Sampai macam tu sekali. Tak boleh jadi ni. Awak kena report kat pengetua. Tak pun report kat cikgu Rosli,” nasihat Zaiton. Dari tadi Razif mengangguk je apa yang Sofea dan Zaiton cakap. Razif pun join sekaki sebab kadang-kadang kalau takde cikgu lelaki, dia pergi berbual dengan Zaiton dan Sofea.
                “Betul tu Sofea. Petang semalam bukan main lagi saya semangat nak latih diorang. Tengok-tengok tiga orang je datang. Akim dan Rifqie entah kemana” komplen Razif.
                “Rifqie?” tanya Sofea. Razif mengangguk.
                “Kalau tengok gaya Rifqie, macam baik je budaknya. Dialah yang tolong saya pasang tayar kereta hari itu”. Sofea menjeling tajam kepada Razif. Razif memandang tempat lain pura-pura dia tak bersalah dalam kes tayar bocor hari tu. “Tapi yang hairannya, dia kerap tak datang sekolah. Itu yang saya musykil”. Begitulah kehidupan sehari-hari mereka sebagai guru. Walaupun diberi cuti sama seperti pelajar, tapi guru tetap berfikir tentang masalah pelajarnya walaupun berada di rumah.
***
                “Saya tak boleh main cikgu,” ujar Rifqie.
                “Apa sebabnya yang buat awak tak boleh main?” tanya Razif. Rifqie mendiamkan diri. “Takpelah, awak cuba dulu. Kalau memang dah tak boleh sangat baru awak tarik diri ye,” sambung Razif. Razif terus bangun dan ingin keluar dari kelas tu.
                “Saya cakap saya tak boleh main, tak boleh mainlah cikgu,” lain nada Rifqie kali ni. Dia memang benar-benar mahu tarik diri. Terbantut langkah Razif yang baru sahaja mahu keluar dari kelas itu sebaik Rifqie mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati Razif itu. Dia patah balik kearah Rifqie. Mata bertentang mata. Razif merenung ke mata Rifqie.
                “Apa awak cakap? Saya tak dengar,” serius Razif kali ni.
                “Pfttttttt”. Rifqie mengalih pandangannya ke tempat lain. Responnya kali ni benar-benar buat Razif marah. Razif baru je niat nak tengking Rifqie, tapi nasib baik cikgu lain sempat masuk untuk subjek seterusnya.
                Razif menghempaskan punggungnya keatas kerusinya. Dia melonggarkan tali lehernya sebab rimas kepanasan. Panas dengan Rifqie. Dia mengeluh.
                “Hey, berkerut je muka. Macam ayam berak kapur. Masalah dengan cikgu Sofea kesayangan lagi ke?” usik cikgu Maliki. Razif memicit dahinya. Sakit kepala memikirkan Rifqie yang cuba melawan cakapnya tadi. Dia tahu la dia cikgu baru, tapi pelajar sepatutnya lebih hormat kepada gurunya.
                “Bukanlah,” jawab Razif. “Budak Rifqie tu lah, taknak join team aku. Berlagak. Macamlah terror sangat,” bebel Razif. Sofea yang baru saja lalu depan mereka terdengar perbualan mereka. Terus Sofea join sekaki.
                “Rifqie taknak main?” tanya Sofea nak memastikan apa yang dia dengar tadi.
                “Yelah, pelajar ‘kesayangan’ awak tu dah pandai lawan cakap saya,ada ke patut buat muka kat saya” Razif sengaja tekan ayat kesayangan tu. Razif menggaru kepala dan mengeluh panjang.
                “Takpelah, nanti saya try cakap dengan dia dulu”. Razif dan Maliki sambil berpandangan. Razif hanya menggelengkan kepalanya menandakan dia sudah kebuntuan idea.
***
                “Apa korang semua buat ni?” Rifqie menegur Trio A yang sedang menconteng sesuatu dekat kereta cikgu Sofea. Azlan yang terdengar suara Rifqie tu menuju kearahnya. Azlan, Abid, dan Akim pagi-pagi lagi memang sudah merancang untuk kenakan cikgu Sofea.
                “Apa yang kitorang buat, takde kena mengena dengan kau. Jadi blah lah”. Azlan menolak Rifqie. Rifqie tertolak kebelakang sedikit. Dia membetulkan baju seragamnya. Azlan menyambung projeknya.
                “Kalau aku cakap aku taknak blah, kau nak buat apa?” cabar Rifqie.
                “Menyemak la pulak anak beruk nih. Akim, kau ajar dia sikit”. Akim tak berginjak. Sebenarnya kalau bab-bab lawan ni, Azlan je yang terror. Dua lagi tu pengikut setia je. Akhirnya Azlan juga yang berdepan dengan Rifqie. Tadi dengan cikgu Razif, kali ni dia bertentang mata dengan si Azlan pula.
                “Apa kau nak? Kenapa sibuk sangat hal orang ni?”. Rifqie tak menjawab. Rifqie melihat apa yang diconteng oleh mereka. Lot of love to you Sofea, from Razif.  Azlan sedar yang Rifqie sedang baca ayat tu. “Oh, jadi kau dah tangkap cintan dengan cikgu Sofea la ni. Konon-kononnya nak jadi penyelamat. Ototo, so sweet”. Rifqie mula beredar dari situ. Dia taknak dengar Azlan mengeluarkan kata yang bukan-bukan. Tapi Azlan cuba panas line. “Woi anak ikan, kau dah try ke cikgu Sofea. Amacam? Selalunya barang masak ni sedap”. Rifqie mula naik angin. Dia sudah tak dapat mengawal dirinya. Rifqie menggenggam buku limanya. Akhirnya buku lima tepat kena hidung si Azlan. Bertubi-tubi si Azlan kena serang dengan Rifqie. Akim dan Abid terkejut tak boleh buat apa-apa tengok keganasan Rifqie.
                “Weh, apa yang korang buat ni?” tengking cikgu Rosli. Azlan dan Rifqie yang tak menghiraukan cikgu Rosli tu masih bertumbuk satu sama lain. Tapi Azlan nampak lagi teruk yang kena. Akim dan Abid yang terkejut dengan cikgu Rosli tu cepat-cepat menghentikan pergaduhan tu. Akim cuba pegang Rifqie dan Abid cuba pegang Azlan. Akhirnya pergaduhan berjaya dihentikan. Berdarah hidung Azlan. Muka Rifqie pun turut lebam.




No comments:

Post a Comment