Pages

Friday 18 July 2014

CIKGU SOFEA

2
                Sofea sangat rapat dengan cikgu-cikgu di sekolahnya kerana kebanyakannya bekas cikgunya sendiri. Cuma beberapa sahaja yang Sofea baru kenal. Sofea merupakan bekas pelajar cemerlang sekolahnya. Hubungan dengan cikgu-cikgunya pun baik. Namun disebalik itu, ada satu rahsia yang dirahsiakan oleh Sofea. Perkara ini terjadi sewaktu dia tingkatan 5. Dan ia bermula di sekolah itu sendiri.
                “Arghhhhhh geramnya aku! Aku rasa aku tahu siapa punya angkara ni. Budak-budak ni la nih! Takpun si Razif,” ngomel sendiri Sofea. Melihat tayar keretanya yang bocor dengan tiba-tiba tu, dia naik angin. Tersekat-sekat dadanya tarik nafas. Dah lah sudah petang, dia orang yang terakhir keluar bilik guru tadi. Waktu tu juga la Razif lalu dengan vespanya. Tersedar Sofea yang terkontang-kanting cari apa entah, Razif memberhentikan vespanya.
                “Buat apa tu Sofea,” tersengeh-sengeh Razif.
                Sofea pun berjalan kearahnya. Sambil menunding jari kemuka Razif. “Awak jangan pura-pura tanya la, awak yang bocorkan tayar saya. Betul kan?”.
                “Laaa, saya tanya elok-elok, awak marah pulak. Nak saya tolong tak,” pelawa Razif.
                “Tak payah!” Sofea menolak sekeras-kerasnya.
                “Hurmmm, ok la kalau macam tu. Orang nak tolong, tolak pulak. Duduklah kat sekolah ni sorang-sorang. Nanti ada hantu jepun takde kepala tengah berkawad lalu sini, hihihihi. Bye, bye,” usik Razif. Sengeh sumbingnya menambahkan lagi kemarahan Sofea. Sofea menjeling tajam. Sebenarnya, memang Razif lah yang membocorkan tayar kereta Sofea.
                Sofea mencengkak pinggangnya. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal tu. “Aduh, macam mana aku nak buat semua ni”. Tayar ganti ada, peralatannya puncukup. Tapi Sofea tak reti nak buat semua tu. Sofea mengeluh dalam-dalam. Dia cuba menelefon ayahnya, tapi malangnya kredit pula habis. Kemudian, dia ternampak Rifqie lalu dengan basikalnya. “Rifqie!”.
                Rifqie memberhentikan basikalnya lalu berjalan kearah Sofea. “Awak ada phone tak? Nak pinjam boleh? Saya nak call ayah saya. Tayar kereta ni pula bocor,” tanya Sofea.
                “Saya tak bawak cikgu,” tipu Rifqie. Padahal ada je dalam poketnya tu. Tapi dia tipu takut cikgunya rampas pula sebab telefon bimbit dilarang bawa ke sekolah.
                “Aishhhh macam mana ni?” resah Sofea.
                “Takpelah cikgu, biar saya tolong pasangkan.”
                “Eh, awak pandaike?” was-was Sofea. Rifqie tersenyum dan terus memulakan kerja memasang tayar tu.
                “Haa, dah siap”. Rifqie menepuk-nepuk tangannya yang kotor tu.
                “Terima kasih, Rifqie. Kalau awak takde tadi, tak baliklah saya hari ni”. Sofea mengambil duit dari dompetnya dan menghulurkan kepada Rifqie. Rifqie menolak. “Eh, takyah la cikgu”. Sofea memasukkan balik duitnya. “Terima kasih, Rifqie”.

***
                Malam tu Sofea masih terfikir-fikir punca tayar keretanya bocor. Sama ada memang terpijak paku ke benda tajam ke, ataupun budak-budak bertiga tu, ataupun Razif. Teringat si Razif, menyirau pula darah Sofea. Masih terbayang muka Razif dengan senyum sumbingnya, dengan topi kaledar yang macam kelapa yang dibelah dua tu. Geram aku, dahlah hodoh, perangaipun hodoh. Kemudian, teringat pula dia kat Rifqie. Sebut pasal Rifqie, dialah yang selalu tak datang sekolah. Kenapa agaknya? Nampak macam budak baik je si Rifqie tu. Kalau dia kerap tak datang sekolah, lama-kelamaan dia akan diambil tindkan. Silap-silap kena buang sekolah. Tak boleh jadi ni, aku kena tanya jugak Rifqie ni. Begitulah Sofea, selalu ambil berat pasal pelajarnya. Sampai kerumah dia fikir pasal pelajarnya. Dia menyambung periksa kerja sekolah pelajarnya.
                “Kak, ni nak kira macam mana ni? Yang cikgu Zahari ajar tadi tak faham laa,” tanya Syazwan. Yang ni satu lagi rahsia yang cikgu-cikgu dan pelajar lain tak tahu. Dia mempunyai adik lelaki yang belajar dekat sekolah yang sama cuma Sofea tak mengajar kelasnya. Syazwan merupakan budak kelas 4 Arif, pandai sikit berbanding dengan 4 Cempaka. Budak-budak 4 Arif tak senakal budak 4 Cempaka. Nasiblah Sofea kena mengajar kelas 4 Cempaka. Sofea ajar balik apa yang cikgu Zahari ajar kepada adiknya.
                Selesai saja Sofea mengajar Syazwan, ayahnya pula yang duduk bersebelahan dengannya. Sofea dah tahu, kalau ayahnya datang dekat, mesti nak menanyakan pasal benda sama.
                “Sofea, ayah…..” belum ayahnya membuka suara lagi Sofea dah memotong kata-kata ayahnya. “Ayah, dahlah cakap pasal benda ni, Sofea penatlah”. Dengan nada suara macam tu, Sofea dah tahu apa yang ayahnya nak cakap.
                “Ayah cuma risaukan Sofea, Sofea sepatutnya….”
                “Ayah,” sekali lagi bicara Pak Budin dipotong laju-laju oleh Sofea. “Dahlah ayah, dah pukul 12 ni, Sofea masuk tidur dulu”. Sofea mengemas kertas-kertas pelajarnya lalu masuk dalam bilik. Disebabkan itu, Sofea mula teringat kembali kenangan silamnya. Lukanya mula berdarah kembali apabila teringat kepada Luqman Hakim. Awak kat mana Luqman? Kenapa buat saya macam ni? Mata Sofea mula berkaca. Akhirnya dia tertidur dalam tangisan.

***
                Pagi itu, usai solat Subuh, Sofea merasakan kepalanya berat sekali. Badannya lemah. Selepas mandi dan bersiap-siap untuk pergi ke sekolah, suhu badan Sofea makin tinggi. Dia mencium tangan mak dan ayahnya sebelum pergi ke sekolah. Maknya, Juriah perasan muka Sofea yang pucat.
                “Sofea, panas badan ni. Cuti jelah hari ni ye,” cadang Juriah. Akhirnya, Sofea akur.
               
                “Zaiton, mana si Sofea? Tak nampak pun dia hari ni?” tanya Razif.
                “Rindulah tu, eleh,” usik Zaiton. Zaiton yang juga lebih kurang sama baya dengan diorang sangat memahami permainan muda mudi ni. Mula-mula gaduh, lepastu mulalah suka-suka, akhirnya tangkap cintan.
                “Weh cakap leklok sikit. Daripada aku rindu dia, baik aku rindu beruk depan rumah aku tu”.
                “Tak nak ngaku pulak. Dia cutilah hari ni. MC. Dia demam”.
                “Demam? Bila?” risau pula Razif.
                “Ha tengok tu. Betullah apa yang aku cakap”. Razif beredar dari situ. Kalau lama-lama lagi dia duduk situ, lagi banyak dia kena dengan Zaiton tu. Tapi memang benar apa yang Zaiton cakap. Razif mula risau tambah-tambah lagi dia yang membocorkan tayar kereta Sofea. Rasa bersalah pun ada.
                
               “Assalamualaikum, assalamualaikum,” Razif memberi salam. Pak Budin baru saja nak keluar pergi ke kedai menjawab salam Razif. “Waalaikumussalam, encik cari siapa? tanya Pak Budin.
                “Oh saya ni kawan Sofea, mengajar sekolah sama. Saya dengar Sofea tak sihat. Yang tu datang ni. Sofea ada?” tanya Razif tanpa segan silu walaupun yang berada depan itu adalah ayah Sofea. Pak Budin melihat pelik Razif. Oh, cikgu. Boleh tahan hensemnya. Dia ni suka anak aku ke apa ni sampai datang rumah.
                “Sofea, Sofea. Kawan datang ni,” jerit Pak Budin memanggil Sofea. Lama menunggu, Sofea tak muncul-muncul juga. Pak Budin masuk kedalam rumah balik mencari Sofea. Cari dalam bilik, tiada pula Sofea. Tanya isterinya, isterinya tak tahu mana si Sofea. Juriah yang sedang sibuk di dapur menghentikan kerjanya sekejap mencari Sofea.
                “Ishhh mana pulak si Sofea ni,” bebel Pak Budin. Keliling rumah mereka mencari Sofea. Razif mula mencari Sofea di kebun belakang rumah itu. Tiba-tiba dia ternampak kelibat yang tengah memanjat pokok rambutan dalam kebun tu. Rupa-rupanya Sofea yang tengah memanjat pokok untuk mengait buah rambutan. “Laa, ingatkan orang utan manalah yang panjat pokok tadi”. Terkejut dengan kehadiran Razif, Sofea tak dapat mengawal dirinya. Lalu dia tejatuh. Boleh tahan kuat bunyinya. Nasib baik tak tinggi sangat. Dia mengaduh kesakitan.
                Sofea kejap-kejap memandang Razif yang sedang menghirup teh yang disediakan oleh Juriah. Sambil-sambil tu dia mengurut kakinya yang kesakita akibat jatuh pokok tadi. Kena sampuk dengan jin mana pulak mamat nih, tiba-tiba datang rumah aku. Kejap-kejap jeling. Bila Razif melihatnya, Sofea mengalih pandangannya ke tempat lain. Razif dah sedar dengan pandangan Sofea tu sebenarnya.
                “Kaki awak ok tak tu,” ambil berat pula Razif.
                “Ok”. Jeda sebentar. Sofea curi-curi pandang lagi dari atas sampai kebawah si Razif tu. Razif yang rimas tu mula kekok. “Kenapa tengok saya macam tu? tanya Razif.
                “Eh, awak ni mimpi ke apa tiba-tiba datang rumah saya ni. Ke awak ada sakit-sakit kat mana-mana”. Sofea periksa sekali lagi badan Razif kot-kot ada yang tak kena.
                “Saya ok la. Kat sekolah tadi saya dengar awak demam. Yelah, lepas saya tinggal awak sorang-sorang petang semalam. Terkontang-kanting ganti tayar tu, risau jugak saya.”
                Kenapa dengan mamat ni. Tiba-tiba risaukan aku pulak. Jangan-jangan.. Sofea membundarkan matanya. “Oh, jadi awaklah yang bocorkan kereta saya!” marah Sofea. Terbocorlah pula rahsia Razif.
                “Errrr...Saya nak minta maaf. Sebab tu saya datang sini. Nak pastikan awak ok. Oh ya terlupa pulak. Saya ada benda nak bagi awak. Tanda minta maaf saya. Maafkan saya eh?”.
                Sweetlah pulak mamat ni. Tersentuh pun ada. “Hurmmm, saya maafkan”. Sofea menerima bungkusan hadiah dari Razif.
***
                Malam itu, seperti kebiasaan mereka sekeluarga makan malam bersama. Mereka berbual-bual sambil menikmati juadah yang disediakan Juriah dan Sofea itu.
                “Boleh tahan jugak ye cikgu Razif tu,” puji Mak Juriah. Sofea tersedak. Dia cepat-cepat minum air. Syazwan yang khusyuk tengah makan pun tersedak jugak. “Siapa? Cikgu Razif?” tanya Syazwan yang kehairanan tu. Syazwan mula membuat muka menyampahnya. Yelah mana tidaknya, Syazwan tak berapa suka dengan cikgu Razif tu. Bagi Syazwan, cikgu Razif seperti tak komited dalam kerjanya. Selalu main-main dengan kerjanya. “Macam mana mak kenal cikgu Razif,” sambung Syazwan yang kehairanan.
                “Tadi dia datang rumah. Menjenguk kakak kau ni.”
                “Dia datang rumah?”. Bertambah pula kemusykilan Syazwan. “Adik tak sukalah dengan cikgu Razif tu, macam budak-budak,” komplen Syazwan. Sofea macam mengiyakan apa yang adiknya cakap.
                “Apa tak sukanya? Ayah tengok ok je dia tadi. Lemah lembut je orangnya. Rupa boleh tahan. Hurmm, kerja cikgu. Ok lah tu,” puji Pak Budin sambil megerling kearah Sofea.
                “Ni ayah ni, nak mula la tu,” marah Sofea. Terpaksalah ayahnya diam. Kalau dia sambung, kan merajuk pula anaknya. Demam pula la jawabnya.
                Selesai makan malam, Sofea terus masuk dalam bilik. Duduk sekejap atas katil sambil periksa telefonnya, dia ternampak hadiah yang diberikan oleh Razif petang tadi. Dia ambil hadiah yang dibungkus rapi lalu membuka bungkusan hadiah itu. Sebaik sahaja membuka kotak hadiah tu, Sofea terkejut. Bagaikan nak jatuh jantungnya. “Arghhhhhhhhhhhh Razif!” jerit Sofea.

Rifqie

Cikgu Razif

Cikgu Sofea


                

No comments:

Post a Comment