Pages

Thursday 17 July 2014

CIKGU SOFEA



1
“ Weh cikgu datang, cikgu datang,” jerit salah seorang pelajar 4 Cempaka bila melihat cikgu Sofea menuju kearah kelas mereka. Suasana yang bising tadi menjadi senyap dan pelajar-pelajar berada di tempat masing-masing. “Selamat pagi, cikgu! Kemudian pelajar-pelajar memulakan doa semula kelas bermula. Sofea merupakan cikgu yang baru sahaja tamat pengajiannya dan masih dalam praktikal di sekolah menengah berdekatan dengan tempat tinggalnya. Dia juga merupakan bekas pelajar sekolah tersebut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Intan. Seperti kebiasaanya, dia akan mengajar subjek Matematik kepada pelajar 4 Cempaka. Dia merupakan cikgu yang berpewatakan ceria dan mesra dengan pelajarnya. Sofea berpendapat seorang guru seharusnya memahami pelajar. Lagi-lagi dengan pelajar-pelajar nakal.
                “Cikgu nak bincang kerja sekolah semalam. Semua siap?”. Tiada yang menjawab. Yang tu pandang yang ni, yang ni pandang yang tu. Sofea dah tahu perangai pelajarnya. “Hurmmmm, takpelah. Jom la kita bincang”. Sofea memandang tempat kosong Rifqie. “Haziq, Rifqie mana? Tak datang sekolah lagi eh?” tanya Sofea. Haziq menggeleng. Sofea hanya mengeluh. Kenapa dengan Rifqie ni, selalu je tak datang kelas. Ada masalah kot.
                “Cari apa tu, Sofea?” tanya Cikgu Zaiton bila melihat Sofea tercari-cari sesuatu.
                “Saya cari buku rancangan mengajar saya. Tadi saya letak atas meja ni,” jawab Sofea sambil mencari bukunya itu.
                “Eh cari elok-elok, tengah hari ni dah nak hantar ni”.
                “Tu yang saya kalut ni cikgu. Aduhhhh, mana laa saya letak?” Sofea menyandar atas kerusi selepas menyelongkar semua laci-laci dan benda atas mejanya. Mana aku letak ni….Sofea sambung mencari. Tiba-tiba dia teringat kepada seseorang yang selalu buat masalah kepadanya. Kebiasaannya masalahnya berpunca dari seseorang tu juga. Razif!. Sofea bingkas bangun dari kerusinya pergi menuju ke meja cikgu Razif.
                “Razif, mana awak letak buku rancangan saya?” tanya Sofea dengan geram. Razif membisu malas nak layan Sofea. Kemudian, Sofea ternampak buku rancangannya atas meja Razif. Dia terus mengambilnya. “Eh, kalau nak pinjam minta dulu boleh,” marah Sofea.
                “Eh, bukan ke saya dah minta kan?”.
                “Bila? Awak takde minta pon”. Sofea terus balik ke mejanya. Razif boleh nampak yang Sofea sangat marah dengannya. Dari mejanya Razif boleh nampak Sofea mengomel dan membelek buku rancangan itu dengan geram. Razif pun merupakan guru yang masih praktikal seperti Sofea. Kedua-duanya mula mengajar di sekolah itu pada hari yang sama. Mula-mula berjumpapun dah tak sehaluan. Mereka juga selalu bertikam lidah tentang isu pelajar-pelajar sekolah itu. Sofea, Sofea, nanyuk agaknya awak ni. Baru umur 24 tahun dah nyanyuk. Gelak hati kecilnya.

***
                “Cikgu Razif, apa yang awak pakai ni?” tegur pengetua, Puan Halimah.
                “Kenapa puan, apa yang tak kena baju saya. Ohh hari ni saya pakai t-shirt sebab hari ni ada slot PJ. Pelajarpun pakai t-shirt,” jawab Razif.
                “Cikgu mana boleh berpakaian macam ni. T-shirt takde lengan macam ni, tak sopan!” marah pengetua.
                “Aayyy puan, mana ada dalam undang-undang yang mengenakan peraturan tentantang pemakaian guru,” Razif mengenyit mata. Pengetua dah mula naik angin. Cikgu Razif suka buat hal. Tapi sekadar hal-hal kecil je.
                “Memanglah takde dalam undang-undang. Tapi ni soal etika. Pergi tukar baju sekarang!” suara pengetua mula meninggi. Dia mengeluh dalam-dalam. Habis keayuannya.
                “Aku buat ni salah, aku buat tu salah, aku makan tu salah,” Razif membebel sorang-sorang. Dia tukar kepada baju T hitam dipadankan dengan seluar tiga suku. Melihat dalam cermin dia memuji diri sendiri sambil membetulkan rambutnya, “patutlah student perempuan minat aku, hensem rupanya, hihihihihi”.
                “Cikgu, kita nak main apa ni?” tanya budak-budak 4 Cempaka. “Awak semua mainlah apa yang korang suka. Cikgu nak gi kat kereta jap, nak ambil barang”. Pelajar 4 Cempaka ni macam-macam ragamnya. Ada yang bersemangat, ada yang malas-malas. Mana-mana budak yang semangat, pergi main dekat padang. Yang sebaliknya tu, entahlah kemana merayau.
                “Apa korang buat sini,” Cikgu Rosli menegur budak-budak 4 Cempaka, Azlan, Abid, dan Akim yang tengah minum itu. Mereka ni dipanggil Trio A oleh rakan-rakan sekolah. Mereka sangat dikenali oleh cikgu-cikgu dan rakan-rakan sebagai ‘troublemaker’. Ponteng, merokok, bergaduh, buli, dan kadang-kadang cikgu pun terkena dengan mereka. Pernah sekali mereka conteng dekat kereta Sofea.
                “Tengah main bola sepak cikgu, hahahahaha,” Akim mengejek cikgu Rosli.
                “Awak tahu kan ni bukan waktu rehat lagi”.
                “Aduh, menyemaklah pulak. Cikgu, ni waktu Pendidikan Jasmani. Cikgu Razif cakap kami boleh buat apa saja,” balas balik Azlan. Abid yang buat tak tahu terus minum minumannya.
                “Main kat padang, bukan kat kantin! Ke padang sekarang !” arah cikgu Rosli. Cikgu Rosli sangat panas baran orangnya. Sesuailah dia jadi cikgu disiplin. Razif, macam manalah kau nak jadi cikgu?

***
                “Sofea, awak eh yang bagitau cikgu Rosli yang budak-budak saya merayau,” tuduh Razif.
                “Eh elok-elok sikit nak tuduh. Saya tak tahu apa-apapun. Tapi, kalau saya nampak sekalipun, saya akan bagitau cikgu Rosli. Awak tu yang tak pandai jaga budak. Budak-budak tu pun pelajar saya tau”.
                “Eh eh, kenapa gaduh ni?” tanya pula cikgu Zaiton.
                Sofea menjeling. Jelingannya tu kalau boleh nak terpusing 360 darjah butir matanya. Razif menjeling balik. “Urghhhhh!” Razif beredar dari situ. Begitulah setiap hari. Mesti bergaduh. Mesti bertikam lidah. Kalau takde masalah, mereka buat masalah supaya dapat menyalahkan satu sama lain. Sengaja cari kesalahan satu sama lain.

                Pengetua meluru masuk bilik guru mencari Razif. Razif yang sudah sedia menadah telinga sebaik sahaja dia nampak pengetua masuk bilik guru. Ni mesti nak sound aku nih. Mulalah bebelan pengetua. “Tau tak, kalau budak-budak tu buat macam-macam masa slot awak, awak yang akan dipersalahkan”. Macam-macam lagi yang dilontarkan kepada Razif dari mulut pengetua tu. “Kalau budak tu ponteng keluar sekolah, lepastu berlaku apa-apa, apa awak nak jawab?”. Blaaa, blaa, blaa. Bagai mencurah air kedaun keladi. Bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kejap-kejap Razif mongering kearah Sofea. Sofeapun ketawa senyap-senyap tengok Razif dimarahi pengetua. Bukan besar sangatpun masalah ni, minum waktu belajar je pon. Saja nak marah aku. Oh pandai ketawakan aku, siap kau Sofea.



2 comments: