Pages

Monday 21 July 2014

CIKGU SOFEA

6
                Razif mengelamun sahaja hari ini. Tidak seperti kebiasaanya, dia seorang yang ceria dan banyak cakap. Mungkin sebab Sofea tidak datang ke sekolah. Razif rasa kesunyian. Sofea, cepatlah sembuh. Nak kenakan awak lagi nih. Bosan arh… Sudah tiga hari Sofea dihospitalkan, hari ni dia dibenarkan pulang kerumah. Tapi doktor tak benarkan dia bekerja lagi.
                “Hoi! Kalau ye pun kau rindukan Sofea, habiskan makanan tu dulu. Tak baik biar nasi tu lama-lama,” tegur Maliki. “Aku rindu Sofea arrr,” bisik Razif perlahan.
                “Apa? Sekali lagi? Aku tak dengar.” Maliki pura-pura tak dengar. “Wo, wo, wo. Ni first time kau luah perasaan ni. Aku gurau je selama ni. Rupanya, betul lah kau sukakan Sofea? Eyyy, kan baik cakap awal-awal,” usik Maliki.
                “Suka kepala hotak kau, aku cuma bosan. Takde sape aku nak kenakan,” Razif cuba mengelak. “Haishhhh, mikirkan match tu lagi. Aku tak tahu nak pilih siapa yang boleh wakil team aku,” risau Razif.
                “Chill la weh, kau ni macam jurulatih pasukan kebangsaan pulak. Event sekolah je pon.”
                “Mana boleh. Aku dah janji dengan Sofea yang team ni mesti menang jugak.”
                “Ha, ha. Tengok tu. Tak habis-habis Sofea. Memang kau dah terjatuh dalam sangkar hati Sofea dah ni,” madah Maliki. “Eh cuba kau cerita kat aku, kenapa kau boleh suka sangat Sofea tu? Ce citer, ce citer.” Razif diam. Dia memicit kepalanya yang pusing. Banyak sangat benda kena fikir.
                “Cikgu,” panggil Akim. Razif berpaling. “Ha, ada apa ni?” soal Razif.
                “Cikgu, kalau saya nak join match tu, belum terlambat lagi kan? Saya nak minta maaf sebab hari tu saya tak datang practice,” Akim meminta maaf. Razif kehairanan. Ini bukan perangai sebenar Akim. Akim yang selalunya ego takkan minta maaf dengan mudahnya. Sebenarnya, Akim amat menggemari sukan tapi minatnya disekat oleh Azlan. Azlan selalu mengajaknya buat benda yang tak berfaedah. Dia turutkan sahaja Azlan atas nama persahabatan. Tapi dia sekarang sedar, yang Azlan tak pernah menganggapnya kawan melainkan sebagai kuli.
                “Oh, takde masalah. Tapi make sure, petang ni datang practice. Ok?” arah Razif.
                “Baik cikgu. Ermmmm satu lagi. Saya dengar cikgu Sofea masuk hospital. Dia ok tak cikg?” Akim ambil berat. Dia pun rasa bersalah dengan cikgu Sofea sebab selalu susahkan hati cikgu Sofea. “Hurmm, dia ok. Hari ni dia keluar hospital,” balas Razif.
***
                Sofea membuka mata. Dia bingung. Dia tak tahu yang dia berada di mana. Suasana seperti dihalaman rumah seseorang. Sofea terus berdiri dan memulakan langkahnya. Entah apa yang dicarinya. Pada saat itu, dia terhenti. Terkejut apabila melihat Luqman tengah berpelukan dengan wanita lain di kawasan taman itu. Dihadapan mereka, seorang budak perempuan tengah berlari kenakak-anakan. Mereka tampak bahagia. Mata Sofea mula bergenangan air mata. Dengan tidak sedar, tiba-tiba pisau berada di tangannya.
                Sofea menghampiri mereka dari belakang. Dia senyap-senyap berjalan kearah mereka. Lagi satu langkah, Sofea akan dapat sentuh Luqman. Sekuat-kuatnya dia menikam Luqman dengan pisau dari belakang. Bertubi-tubi.
                “Ya Allah, astaghfirullahalazim. Ya Allah.” Sofea tercungap-cungap tersedar dari mimpinya. Airmatanya masih mengalir. Juriah dan Pak Budin baru sahaja sampai, cemas melihat keadaan Sofea. “Sofea, kenapa ni?” tanya Juriah. Sofea menangis teresak-esak. Juriah dan Pak Budin saling berpandangan. Juriah menenangkan Sofea dengan memeluknya.
***
                “Jemput minum cikgu,” jamu Juriah. Razif memberi senyuman kepada Juriah. “Terima kasih, makcik.” Depannya ada Sofea dengan kepala masih berbalut. Razif menghirup milo panas yang disediakan mak Sofea. Suasana malam yang dingin menambahkan lagi keenakan milo panas. Razif tak henti-henti memuji minuman yang dibuat Juriah itu. Sofea menyilangkan tangannya.
                “Jadi awak datang sini semata-mata nak minum je ke?” sindir Sofea. Razif tersenyum. “Ayy, dah sihat dah ni. Jadi, awak dah boleh pergi sekolah esok,” Razif menyindirnya balik. Sofea buat muka. “Pffftt. Awak tak nampak ni. Berbalut lagi ni.” Sofea menunjukkan balutan di kepalanya. Razif diam.
                “Ahah. Saya ada cerita nak bagitahu awak. Petang tadi, Akim datang practice. Siap minta maaf lagi. Tanya pasal awak pulak tu. Saya dengan Maliki tekejut tu. Perghhh, boleh tahan dia main. Kalau awak ada tadi mesti awak bangga dengan saya,” berbuih mulut Razif menceritanya. Termuncung-muncung. Sofea membaling bantal yang ada kat sofa itu. Bang!
                “Apa pulak saya bangga dengan awak. Patutnya saya bangga dengan Akim.” Razif mengaduh kesakitan. Kali ni dia pula mencebik bibir. Dia menghabiskan milo panasnya. Tiba-tiba ada sesorang yang bagi salam dari luar. Sofea bangun dari sofa terus ke pintu rumahnya. “Rifqie.”
                Suasana agak janggal bila mereka bertiga berkumpul di rumah Sofea. Juriah hanya menjamu air dan terus beredar. Tak disangka Sofea yang Rifqie akan menjenguknya. Mereka terus membisu. Mengharapkan sesorang yang memulakan bicara dulu. Akhirnya Rifqie yang memulakan dulu. “Saya minta maaf cikgu. Sebab saya cikgu…” Belum habis lagi Rifqie menghabiskan ayatnya sudah dipotong Sofea. “Bukan salah awak, saya yang salah timing. Lagipun salah ayah awak, bukan awak,” jelas Sofea.
                Razif memandang Rifqie dengan muka tak puas hati. Kalau boleh nak dikerja-kerjakan si Rifqie tu. Eleh, depan Sofea boleh pulak dia buat baik. Depan aku berlagak.
                “Macam ni lah Rifqie. Kalau awak betul-betul rasa bersalah, awak kena juga join match tu nanti. Macam mana?” Sofea cuba membuat perjanjian. Bulat mata Razif mendengarnya. Walaupun dia pasif, tapi telinganya ligat mendengar. Betapa nekadnya Sofea nak suruh Rifqie main. Rifqie diam tanda dia setuju. Dia tak boleh menolaknya lagi.
                “Satu lagi. Awak tinggal sini dengan saya. Dengan ayah dan mak saya.” Kali ni, apa yang diungkapkan oleh Sofea benar-banar mengejutkan Razif dan Rifqie. Benda ni tak boleh diterima Razif. “Sofea, awak gila apa?” Sofea menjeling serius kearah Razif. Kali ini, Sofea serius. Dia tak mempedulikan Razif. “Ayah awak akan terus menerus sakiti awak. Awak tak boleh macam ni. Awak kena jalani kehidupan seperti pelajar lain. Lagipun makan minum awak tak terjaga. Nanti awak boleh jatuh sakit,” sambung Sofea. Rifqie terkejut tak terkata. Tak sangka cikgu Sofea amat mengambil berat tentang dia.

                Razif menyilangkan tangannya dan menyandarkan badannya ke sofa. Sambil-sambil menunggu kata putus dari Rifqie. Sedikit dia rasa marah, sedikit rasa cemburu. Waa, Sofea. You really surprised me. Kenapa Rifqie? Kenapa bukan budak-budak lain? Tanpa mereka sedari, ada seorang lagi yang sedang mendengar perbualan mereka. “Adik tak setuju dia tinggal sini.”

No comments:

Post a Comment