Pages

Friday 18 July 2014

CIKGU SOFEA


3

                “Awak akan jadi guru kelas 4 Cempaka sementara Cikgu Hani cuti bersalin. Boleh?”. Pengetua manawarkan tanggungjawab guru kelas kepada Sofea. Sofea menerimanya dengan penuh komitmen. Dia yakin dia boleh menjalankan tugas sebagai guru kelas 4 Cempaka. “Baiklah pengetua, saya cuba buat yang terbaik,” bersemangat sekali Sofea. Maklumlah cikgu baru. “Ha satu lagi Sofea, awak jangan lupa. Bulan depan kita ada match basketball antara kelas. Ini merupakan acara tahunan sekolah kita. Awak ingatkan?” pengetua memperingati Sofea.
                “Oh, saya ingat sangat. Baiklah pengetua”. Mestilah Sofea ingat, lima tahun belajar di sekolah ni, banyak sangat memori yang takkan dia lupa.
                “Ok la. Awak pergilah sambung kerja yang patut. Terima kasih Sofea”. Sofea keluar dari pejabat pengetua. Memanglah dia terima dengan ikhlas, tapi sebagai cikgu baru, dia agak runsing. Berfikir macam mana nak kendali budak-budak 4 Cempaka tu. Aish, dengan match basketbalnya lagil. Macam banyak benda je kena buat ni. Sofea melihat jamnya. Tiba masanya masuk kelas 4 Cempaka.
                “Mulai sekarang, cikgu akan jadi guru kelas korang. Sementara tunggu cikgu Hani habis cuti bersalin. Jadi, apa yang cikgu cakap, korang kena dengar cakap cikgu. Ok?” kekok pula Sofea. Tiba-tiba rasa macam ibu pula padahal berapa tahun je jarak umur mereka. “Baik cikgu,” jawab pelajar-pelajarnya. Sofea tercari-cari Rifqie, tapi Rifqie tak datang sekolah pula. Risau Sofea semakin menebal tambah-tambah lagi dia dilantik sebagai guru kelas. Dia kena ambil tindakan dengan segera.
                Sofea memulakan kelasnya seperti kebiasaannya. Tengah ralit menulis di papan hitam, tiba-tiba dia terasa kelasnya terlalu sunyi. Kebiasaannya, mesti ada suara sayu-sayu menyelinap masuk ke telinganya. Tapi kali ni senyap. Dia berpusing kebelakang untuk tengok pelajarnya. Semua budak-budak 4 Cempaka sedang melihat kearah luar. Rupanya-rupanya mereka semua tengah tengok cikgu Razif yang sedang berjalan melalui kelas mereka. Sudah, dia buat hal lagi.
                Cikgu Razif yang hari itu memperkenakan kameja biru air dipadankan dengan seluar slack jean hitam kebiruan tampak begitu ‘hot’ sekali. Tambah-tambah dengan kaca mata oakleynya. Bagi pelajar perempuan, dunia seakan terhenti sementara. Terlopong mulut tengok cikgu Razif yang berjalan melalui kelas mereka. Suzy Hanan adalah antaranya. Apakah bengong si Razif ni, pakai spek kat sekolah macam ni. Mood happy dapat kenakan aku lah tu. Bisik hati kecil Sofea. Razif yang hampir melintasi kelas mereka, berundur sedikit menghampiri pintu kelas 4 Cempaka. Dia memberi senyuman kepada Sofea yang tengah berdiri dalam kelas tu. Menyampah pula Sofea. Kemudian, dia buka kaca matanya dan melambai kepada Suzy yang tengah asyik melihatnya. Suzy terkejut.
                “Cikgu Razif!” tegur pengetua.
                Razif  terpinga-pinga sebaik sahaja melihat pengetua ada disebelahnya. “Ya puan pengetua”.
                “Apa yang awak buat kat sini?” tanya pengetua. Berkerut seribu dahi pengetua melihat keanehan Razif hari tu. Nampak lebih ‘sophisticated’ dan kemas. Selalunya dia akan pakai pakaian kasual saja.
                “Takde buat pape, lalu sini je”. Tersengeh-sengeh Razif. Terhenti sementara  pembelajaran 4 Cempaka begitu juga 4 Bestari disebabkan cikgu Razif tu. Sofea hanya menggelengkan kepala. Pengetua terus beredar dari situ.
***
                “Hoi! Tengah pikir pasal apa tu?” tegur Zaiton. Terkejut Sofea yang tengah mengelamun tu.
                “Terkejut aku. Hmphhh, aku tengah pikir pasal match basketball tu. Eh Ton, kau tahu tak mana-mana budak laki 4 Cempaka  yang pandai main basketball?”.
                “Eh, budak kau tanya aku pulak. Kau tanyalah sendiri”.
                “Alaaaa, tadi aku tak ingat nak tanya la pulak”. Sofea terlupa nak senaraikan pemain-pemain basketball yang akan mewakili 4 Cempaka tadi. Sepatutnya dia tanya semasa dalam kelas tadi.
                Razif menghampiri Sofea tersengeh-sengeh. “Amacam, hensem tak saya hari ni. Terlopong jugak budak perempuan tengok saya,” bangga Razif. Sofea malas nak melayan. Sofea masih marah dengan Razif pasal semalam. Mana tak marahnya, buka-buka hadiah ada katak gomok. Melompat-lompat dalam bilik. “Eh Sofea, marah saya eh?” Razif pura-pura tanya. Sofea buat tak tahu je. Marah benar dia dekat aku ni. Adoi, melampau sangatkah aku.
                “Eyy Sofea, aku minta maaf la. Tersengaja buat macam tu”. Rasanya dah banyak kali Razif minta maaf tapi tak serik-serik lagi.
                “Jangan kacau saya boleh tak? Saya banyak benda la nak buat,” tengking Sofea. Marah benar dia dekat Razif. Razif hanya diam dan balik ke mejanya. Kejap-kejap, Razif mengintai senyap-senyap Sofea disebalik laptopnya. Razif pura-pura menaip, kemudian dia curi-curi tengok Sofea yang tengah menulis. Sofea mula rimas. Mana taknya, ketara sangat perbuatannya. Sofea bangun dari kerusinya dan menuju kearahnya. Razif mula menaip laju-laju, berpura-pura tak nampak Sofea menuju kearahnya.
                Sofea yang sudah berdiri di depannya, Razif masih menaip laptopnya. Kemudian, Sofea menutup laptop Razif dan menyilang tangannya. “Betul awak nak minta maaf?” tanya Sofea. Razif hanya mengangguk. “Ok. Tapi ada satu syarat. Syaratnya, awak uruskan team dari 4 Cempaka untuk match  basketball kali ni. Macam mana?”. Razif membulatkan matanya dan menggeleng. Razif menolak sekeras-kerasnya. Malas nak uruskan budak-budak tu. Sofea menyentap tangannya dan beredar dari situ.
                “Yela, yela. Saya yang uruskan team basketball tu nanti. Puas hati?”. Sofea berpatah balik ke meja Razif. “Betul?” Sofea memastikannya.
                “Betul lah. Adoii”. Razif menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia terpaksa akur, kalau tak sampai bila-bilalah dia tak dapat bercakap dengan Sofea. Selama ini pun dia usik Sofea sebab dia sukakan Sofea. Dah tahu sangat permainannya. “Thanks Razif,” ucap Sofea.
***
                Tiba waktu Razif pula masuk dalam kelas 4 Cempaka. Kali ni bukan subjek Pendidikan Jasmani, tapi Sejarah. Subjek ni lah yang kebanyakan pelajar tak suka. Tapi kalau cikgu Razif yang mengajar, mahu keluar biji mata pelajar. Selalunya, waktu subjek Sejarahlah pelajar-pelajar akan mula rasa mengantuk. Suzy tak mengalih pandangannya dari cikgu Razif. Cara dia berjalan, cara dia pegang buku tek, cara dia menulis dipapan hitam, semuanya ditatap Suzy. Alahai cikgu, kenapa charming sangat ni. Suzy menangkuk dagunya sambil memerhati cikgu Razif. Razif mula perasan dengan tindak tanduk si Suzy. Dia pun menuju kearah meja Suzy. Suzy masih dalam dunia khayalannya. Khayalan dia bersama cikgu Razif.
                “Suzy, boleh saya tanyaa soalan?”. Suzy mengangguk. “Apakah anggapan penganut Kristian berbangsa Sepanyol terhadap penganut Kristian tempatan berbangsa Filipina?” soal Razif.
                “Hurmmmm saya tak tahu tanggapan mereka. Tapi tanggapan saya, saya tahu cikgu”.
                “Apa dia?”.
                “Tanggapan saya ialah cikgu hensem,” usik Suzy. Pecah ketawa satu kelas. Memang Suzy budak yang nakal sikit. Suka mengusik. Razif hanya mengerutkan dahinya. Masa Sejarah sudah hampir tamat. Razif mula mengemas buku-bukunya atas meja.
                “Oh kejap, saya ada sesuatu nak cakap,” umum cikgu Razif. “Saya yang akan handle team 4 Cempaka untuk match basketball nanti.” Pelajar-pelajar saling berpandangan. “Match ni hanya untuk pelajar lelaki je kan?” tanya cikgu Razif. Pelajar mengangguk. “Saya ada cek profil-profil pelajar 4 Cempaka. Tapi sorang je dari korang yang pernah main basketball wakil sekolah, iaitu Rifqie. Rifqie ada tak?”
                “Rifqie tak datang sekolah cikgu,” jawab Haziq.
                “Oh. Takpelah. Yang empat lagi tu saya pilih berdasarkan pencapaian dalam sukan lain. Untuk setakat ni saya pilih Zaki, Hazman, Haziq, dan…… Akim?”. Was-was Razif ketika menyenaraikan Akim dalam pasukannya. Bukanke budak ni yang selalu buat masalah? Arghhh lantaklah dulu. Cuba dulu baru tahu. “Jadi lima orang ni, nanti petang Khamis ni kita akan adakan latihan,” sambung Razif. Zaki, Hazman dan Haziq mengangguk sahaja. Rifqie tak datang sekolah. Akim macam kebiasaanya melepak dengan Azlan dan Abid entah kat mana. Razif memberi salam dan terus keluar dari kelas tu.

No comments:

Post a Comment