Pages

Wednesday 16 July 2014

TIADA PENGGANTI DIRIMU

                


               Sanggup kau buat aku macam ni. Kenapa? Buruk sangatkah aku ni? Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila! Pergi jahanam kau. Aku akan pastikan muka kau yang perasan kacak tu, lepas ni takkan jadi muka orang dah. Aku sumpah biar muka kau macam katak! Sumpah seranah dalam minda Faradiba makin berbisa tatkala dia melihat gambar model-model cover majalah Intrend. Dia melemparkan majalah itu jauh dari katilnya. Dengan keadaan basah kuyupnya lagi, Faradiba mendakap batal busuknya dan terus menangis.
                “Makcik, Diba mana makcik?” termengah-mengah Ammar selepas berlari  200 meter dari rumahnya ke rumah Faradiba.
                “Hemphhhh, ada kat atas dalam biliknya. Balik-balik terus naik bilik dengan basahnya lagi. Kena buli dengan kawanlah tu,” jawab Puan Wati. Wati sememangnya sudah maklum, anaknya sentiasa dibuli. Faradiba selalu menjadi ejekan kawan-kawan sekolahnya dek kerana badan gemuknya yang melebihi 80 kg. Ammar lah satu-satunya kawan yang menerima Faradiba seadanya.
                “Saya naik jumpa Diba boleh?”
                “Hurmmm, pergilah. Moleklaa tu. Kau tolong pujuk Diba tu. Suruh dia mandi lepas tu turun makan. Makcik dah penat baru balik kerja ni.” Puan Wati terlalu penat sampaikan dia sanggup memberi kebenaran kepada Ammar untuk jumpa Faradiba.
                Ammar mengetuk pintu bilik Diba tapi Diba tak menjawab. Dia terus membuka pintu. “Diba, kenapa ni?” Ammar terus masuk bilik Faradiba sebaik sahaja dia melihat keadaan Faradiba yang teruk tu.
                “Diba, yang kau berani sangat dekat dengan Aiman tu kenapa? Haishh melampau si Aiman tu. Takpe nanti aku ajar lelaki tak sedar diri tu. Kau ok tak ni?” Ammar terasa geram bila melihat Syaza dipermainkan. Dia telah  tahu cerita dari kawannya tentang apa yang telah berlaku. Ketika itu, Aiman adakan majlis hari jadinya di rumahnya. Biasalah, anak orang kaya mesti ajak semua kejiranan rukun tetangga. Aiman memang merancang untuk kenakan Faradiba sebab dia tahu Diba sukakan dia. Sebab itu dia ajak Diba pergi parti hari jadinya. Tak disangka oleh Diba yang dia akan dimalukan depan kawan-kawan sekolahnya. Aiman menolak Diba kedalam kolam renang.
                “Melampau betul!” Ammar mengetap bibirnya.


                Ammar meluru masuk kedalam kelas 5S1 mencari Aiman. “Aiman! Kenapa kau buat Diba sampai macam tu? Apa salah dia?” marah Ammar.
                “Kau tak tahu salah dia? Salah dia sebab dia debab, hahahaha!” Terus tangannya meragut kolar baju Aiman. “Kau, sekali lagi kau buat macam-macam kat Diba, siap kau!” Ammar melepaskan kolar baju Aiman. Aiman membetulkan semula pakaiannya yang tidak kemas itu. Ammar mula membekangi Aiman dan beredar dari situ. Suasana dalam kelas senyap seketika menyaksikan mereka berdua.
                “Oh konon-kononnya kau nak jadi hero si debab tulah! Ammar, Ammar sesuailah kau dengan debab tu. Sorang debab, sorang lagi mandul.” Ammar memberhentikan langkahnya dan menghampiri Aiman semula. Akhirnya, satu tumbukan berjaya juga menyengat di hidung Aiman yang mancung itu.
                “Cikgu, saya tak salah. Dia ni yang tiba-tiba datang serang saya.”
                “Dah! Cikgu dah taknak dengar lagi apa yang korang berdua cakap. Dah berkali-kali korang bergaduh, tak serik-serik lagi. Nak jadi apa? Samseng sekolah?” tegas Cikgu Aziz.
                “Ni dah jadi kes berat, saya akan panggil mak bapak awak datang sekolah. Dan kali ni awak berdua takkan terlepas dari hukuman. Dah, masuk kelas masing-masing,” sambung Cikgu Aziz.


                “Ammar, apesal kau serang Aiman?”
                “Dah dia bodoh sangat panggil aku mandul, padanlah muka. Macam dia tak tahu yang aku ni Presiden Kelab Taekwando.”
                “Eh, kalau kau tak pergi dekat dia, takdenye dia panggil kau mandul, ngek.”
                “Weh, yang kau bela sangat dia kenapa? Aku ni sanggup menghauskan buku lima aku ni sebab kau tau tak. Kawan tak mengenang budi.” Diba hanya diam. Bukannya dia nak mempertahankan Aiman tapi dia risaukan kawannya. Takut-takut Ammar pula yang terkena nanti. Suasana halaman luar rumah dingin sekali ditiup angin malam. Wakaf yang diperbuat dari kayu jati dengan ukiran yang menarik itulah tempat kebiasaan Faradiba dan Ammar melepak. Faradiba memandang Ammar yang sedang baring yang sedang meneliti buku limanya. Sayang jugak kau kat aku.Diba tersenyum
                “Ammar, dah lewat ni? Taknak balik lagike?”
                Ammar melihat jamnya. “Oh shit!”
                Malam itu dalam perjalanan balik kerumahnya, Ammar diberhentikan sekumpulan budak-budak jalanan. “Bang, baru balik dari rumah awek ke?”
                “Apa korang nak?” Tiba-tiba muncul pula si Aiman di depan matanya. “Apa kau nak?” Ammar cuba bertenanang walaupun sekarang dia berdepan dengan lima orang samseng yang diupah Aiman. Ammar mamasukkan tangan dalam poketnya dan berjalan dengan selamba. Tapi langkah diberhentikan Aiman. Kini bahu Ammar dipengang Aiman dan Aiman cuba membisikkan sesuatu ke telinganya.
                “Apa yang aku nak? Aku nak kau jadi hero yang menyedihkan.” Tiba-tiba Ammar terasa senak dibahagian perutnya. Malam itu, teruk Ammar dikenakan sehingga terpaksa dihospitalkan. Pengaruh besar yang dimiliki oleh ayah Aiman menyebabkan kes ini ditutup.

4 tahun kemudian,
                “Kak, ni Diba,” Sorfina kaget melihat gadis yang didepannya kini ialah adiknya, Faradiba. Sekarang Diba dah berubah. Diba menjadi gadis cantik, berbadan langsing dan jauh kurus dari Diba yang dulu. “Mak, oh mak!” Sorfina memanggil ibunya tapi masih terkejut melihat Diba. “Mak! Cepatlah mak! Meh sini!” lagi kuat Sorfina memanggil ibunya.
                “Ya kejaplah, mak tengah mas…” terhenti kejap kata-katanya bila dia melihat Diba didepan pintu rumahnya. Walaupun Diba sangat berbeza, tapi dia boleh kenal anaknya. Mana-mana ibupun masih boleh cam anaknya walaupun berubah bentuk fizikal. “Ya Allah, Diba.” Puan Wati memeluk anaknya. Dia menangis kegembiraan selepas 4 tahun memendam rindu kepada anak tersayangnya.
                “Kau menghilang kemana selama ni Diba?” tanya Sorfina. Dalam nada suara Sorfina ada sedikit rasa marah kepada Diba sebab Diba dah lama tak menghubunginya. Mula-mula Diba keluar dari rumah dulu, dia ada berhubung dengan ibu dan kakaknya. Tapi sebulan lepas itu, dia sudah putus hubungan. Ibu dan kakaknya sangat risau. Diba pergi ke Korea untuk sambung pelajaran menggunakan duit arwah ayah yang ditinggalkan untuknya.
                “Kak, maafkan Diba. Bukan niat Diba taknak call akak dan mak. Tapi Diba…” Diba putus idea. Dia tak tahu macam mana nak menerangkan apa yang dia buat selama dia keluar dari rumah.
                “Dahlah Diba, akak taknak dengar semua itu. Yang penting mak. Mak tiap-tiap malam menangis sebab kau tau tak.” Terhenti sekejap niat Sorfina untuk menyambung tapi Puan Wati kemudian bawa cekodak pisang dengan air oren untuk dijamukan kepada anaknya yang baru balik dari Korea itu.
                “Mak sihat?”
                “Macam ni lah Diba, sihat. Tapi yelah, sejak Diba takde, macam-macam benda yang jadi.”
                “Macam-macam benda jadi?” keadaan menjadi senyap dan soalan Diba tidak dijawab. “Mak, Ammar macam mana? Dia duk sini lagi tak?” Puan Wati dan Sorfina berbalas pandangan. Seperti ada sesuatu yang mereka berdua sembunyikan.


                Hari itu dia tidak sabar untuk jumpa Ammar. Ammar yang selama ni menjadi satu-satu kawannya, mestilah dia tak sabar nak tunjuk kepada Ammar perubahan pada dirinya. Mesti Ammar suka. Kau mesti rindu aku kan. Hihihihihi….
                “Adik ni cari siapa?”
                “Pakcik, pakcik tak kenal Diba?” Encik Ahmad merenung lama gadis cantik didepannya.
                “Diba? Ya Allah Diba. Masuklah dulu. Nanti pakcik panggil Ammar.”
                Diba masuk kedalam rumah dan duduk atas sofa tanpa rasa kekok. Dulu, dia selalu juga datang rumah ni dan berbual dengan ayah dan datuk Ammar. Datuk Ammar meninggal dunia dua tahun lepas.
                “Kau cari siapa?” lantas Diba berpaling kebelakang.
                “Ammar.” Faradiba yang berniat datang untuk buat kejutan kepada Ammar, sebaliknya dia yang terkejut dengan Ammar. “Ammar. Apa dah jadi.” Ammar pun berubah. Lain benar bentuk fizikalnya. Tersangat kurus tak setegap dulu. Kepalanya botak, mukanya pucat lesi. Kulitnya penuh dengan bintik-bintik merah. Semua ini kerana kesan-kesan ubat kemoterapi yang digunakan oleh Ammar. Ammar menghidap leukimia sejak tiga tahun lepas.
                “Ammar, aku ni, Diba.”
                “Setahu aku, Diba dah takde kat dunia.” Ammar pura-pura tak tahu meskipun dia cam sangat Diba, gerak-geri Diba dan suara Diba. “Diba aku dulu baik, tak pentingkan diri.”
                “Ammar, jangan macam ni. Cakap dengan aku. Apa dah jadi dengan kau ni?” Ammar tak mempedulikannya, dia terus masuk bilik dan kunci pintu. “Ammar! Ammar! Ammar!” panggil Diba sambil mengetuk pintu bilik Ammar.
                “Pakcik, kenapa dengan Ammar pakcik?” mata Faradiba mula berkaca.
                “Dia ada leukimia. Dah tiga tahun, Diba” berat mulut Encik Ahmad untuk menuturkan kata-kata itu. Faradiba menutup mulutnya, terkejut lalu dia terus menangis. Ammar.


                Dari dulu lagi, Faradiba sedar yang dia sayang Ammar lebih dari seorang kawan. Dia tahu dia mencintai Ammar. Dia rasa bersalah kepada Ammar ketika Ammar terlantar di hospital selepas teruk kena dengan Aiman dulu. Maafkan aku, Ammar.
                “Choi! Buat kerja. Jangan duk mengelamun je,” tegur Asyikin, rakan kerja Faradiba. Diba sekarang bekerja sebagai konsultan kecantikan di salah satu  pusat kecantikan di bandar. Faradiba yang ditugaskan untuk menyelidik profil-profil pelanggannya sebagai rujukan untuk menawarkan pakej kecantikan yang berbeza kepada pelanggannya. Berdasarkan kelayakannya dalam bidang kosmetik, dia diterima bekerja di Mawar Beauty Centre sejak 3 bulan yang lepas.
                “Selamat datang ke Mawar Beauty Centre,” Asyikin menyambut pelanggan penuh mesra. “Oh, Cik Aimi Nadia, spa eh?”.
                “Diba, your customer,” info Asyikin.
                “Oh Cik Aimi, masuklah pejabat saya dulu. Saya akan terangkan lagi detail pasal pakej pengantin ni.” Aimi menuruti belakang Faradiba masuk kedalam pejabat Faradiba. Faradiba mula menerangkan pasal pakej pengantin yang ditawarkan kepada bakal-bakal pengantin. Antaranya perkhidmatan spa, facial, lose weight programming. “Jadi, Cik Aimi setuju nak ambil pakej ni?” Tanya Faradiba.
                “Panggil I Aimi je. Boleh juga, try la dulu.”
                “Jadi bila Cik Aimi, oh sorry, Aimi nak kawen ni?” Faradiba cuba untuk lebih mesra dengan pelanggannya.
                “Lagi dua bulan. Actually, I tak suka facial spa bagai ni. Tapi tunang I tu yang paksa.”
                “Biasalah, bakal pengantin. You kena buat spa nak tambahkan seri pengantin tu.” Mereka ketawa bersama. Keluar dari pejabatnya, Aimi dijemput tunangnya.
                “You, I kenalkan ni Cik Faradiba, my consultant. And this is my fiancée, Aiman.” Diba terkedu melihat Aiman yang berdiri disitu. Tak sangka dia akan berjumpa Aiman lagi. Aiman dulu yang telah memalukannya, yang telah sakiti Ammar. Tapi, Aiman tak mengenali Diba. Diba hanya terus memberi senyuman untuk menyembunyikan perasaannya kini. Tersemat rasa benci dengan Aiman yang masih membara. Sebab Aimanlah, dia tinggalkan ibunya. Sebab Aiman juga, dia tinggalkan Ammar yang berada dalam kesakitan. Dia sudah tidak tahan dipermain-mainkan. Jadi, dia mengambil keputusan untuk pergi ke Korea membuat pembedahan buang lemak dan menjalani kursus kosmetik disana.
                “Cantik juga Cik Faradiba tu ye,” usik Aiman.
                “Eeee, you jangan macam-macam. Buat bukan-bukan, I bunuh you.” Aimi menarik telinga Aiman. Tapi Diba, awak memang cantik. Fikiran gatalnya mula meresap dalam otaknya. Tak berubah, sama seperti dulu walaupun dia tahu dia akan kahwin tak lama lagi.


                “Pakcik, kenapa call ni?”
                “Diba, Ammar Diba, dia..dia..”
                “Kenapa dengan Ammar pakcik. Pakcik cakap pakcik.” Diba terus mengambil kunci keretanya diatas meja. Dia terus keluar rumah menuju ke keretanya. Enjin kereta dihidupkan. “Tu nak kemana pula si Diba tu,” bebel Sorfina. Sorfina dan Puan Wati hanya tengok sahaja Diba berlalu tanpa sempat menanyakan apa-apa.
                Faradiba dengan pecutnya memandu kereta Myvi kuning miliknya menuju Hospital KPJ. Berita yang disampaikan oleh Encik Ahmad tadi membimbangkan dia.
                “Pakcik, Ammar mana pakcik,” Tanya Diba sebaik sahaja dia melihat Encik Ahmad di ruang menunggu luar biliknya. Tak sempat pakcik menjawab doktor keluar dari bilik pesakit tu. “Doktor, macam mana dengan Ammar?” Tanya Encik Ahmad.
                “Keadaan Ammar buat sekarang makin stabil. Tapi, penyakitnya kini makin kritikal dan dia masih tidak sedarkan diri. Jantung dia juga sangat lemah. Kami dah sedaya upaya buat yang terbaik untuk Ammar. Kami minta maaf jika kami tak dapat menyelamatkan Ammar,” jelas doktor. Runtun jiwa seorang ayah mendengar nasib anaknya itu. Begitu juga Faradiba yang terduduk selepas mendengar penjelasan doktor tadi. Dia tidak mengimpikan saat-saat ini terjadi. Dia menundukkan kepalanya dengan tangan menutup wajahnya, dia menangis teresak-esak. Encik Ahmad berusaha memujuk Diba walaupun dia sendiri yang terluka saat ini.
                Diba mengusap kepala Ammar yang terlantar atas katil itu tak sedarkan diri. Kemudian dia pegang erat tangan Ammar. Ammar, maafkan aku. Selama ini aku jauh dengan kau. Kalaulah aku ada disini sebelum ni, akan adanya waktu aku bersama kau. Maafkan aku, Ammar. Mudah matanya mengalirkan air matanya.
                “Diba.” Ammar membuka matanya.
                “Ammar.”
                “Diba, kau pergilah dari sini. Aku taknak kau terluka saat kau tengok aku mati,” kata-katanya kurang jelas tapi Diba sangat memahaminya.
                “Jangan cakap macam ni, Ammar. Aku minta maaf selama ni aku takde disisi kau. Ammar, kau akan hidup. Kau akan hidup bahagia bersama aku, bersama pakcik. Tahanlah Ammar demi aku.”
                Berat tangan Ammar mengelap air mata Diba yang bercucuran di pipi. “Diba, aku sayang kau, aku rindu Diba dulu.” Airmata Diba makin laju mengalir. Encik Ahmad yang melihat keadaan Ammar yang makin teruk keluar dari bilik itu kerana tak sanggup melihat Ammar. Dia pun sama dengan Diba, menangis terus menangis.


                Mata Aiman bertentang mata dengan mata Diba. Memang tak boleh dinafikan yang Diba memiliki sepasang mata yang cantik. Wajahnya yang ayu memikat hati Aiman. Aiman dapat merasakan yang Diba juga ingin berkenalan dengannya. Mereka sedang menikmati secawan kopi bersama sambil menunggu Aimi menyudahkan facialnya. Aiman menghampiri Diba, “Diba, kalau you sudi, I nak ajak you dinner sekali malam ni dekat Bahtera Inn.”
                “Takpelah Encik Aiman. I ada urusan malam ni.”
                “Ok, fine. Tapi kalau you free, you boleh la contact I. Mana tahu you plan nak buat bisnes, I boleh tolong,” umpan Aiman. Aiman menghulurkan kad bisnesnya kepada Diba. Diba hanya menerima dengan senyuman.
                “You, jom. I dah siap facial,” ajak Aimi. “Thanks, Diba.”
                “Hello? Siapa ni?” tanya Aiman. Masih tidak bersuara, Aiman mematikan talian telefon bimbitnya. Nada dering berbunyi lagi, “Hello, siapa ni? Hello, hello!” nadanya mula tinggi. “Oh Diba, sorry sorry , I ingatkan siapa. Kenapa tiba-tiba call ni?”…………. “Ok, why not? Kita jumpa malam ni dekat Bahtera Inn, my treat.”
                Faradiba malam itu anggun sekali. Mengenakan dress kuning air yang sangat sesuai dengan potongan badannya. Dandanan rambut yang menonjolkan lagi kecantikan rupanya. Mekap yang dikenakan tak terlalu tebal, hanya untuk menambahkan seri membuatkan Aiman terpegun. Pagi tadi dia jumpa Diba memang lawa, tapi malam ni tersangatlah lawa.
                “Wow, you’re so beautiful.” Aiman menarik kerusi untuk Diba duduk. Sambil mereka menunggu makanan disediakan, mereka berbual tentang banyak perkara. Dari urusan bisnes bertukar kepada urusan peribadi. Tak berginjak mata Aiman melihat wanita didepannya. Kalaulah dia tak akan berkahwin dengan Aimi, mungkin dia akan ajak wanita di depannya sekarang untuk jadi teman sehidup sematinya. Kalaulah Aimi bukan anak Tan Sri Mokhtar, takkan dia nak kahwin dengan Aimi. Dia hanya mengejar harta Aimi, untuk dapatkan syarikat milik Tan Sri Mokhtar.
                Sudah satu bulan Aiman dan Diba keluar tanpa pengetahuan Aimi.  Aiman mula mencintai Diba. Diba kini telah miliki lelaki idamannya dulu. Yang pernah dia gila-gilakan sampai dia dimalukan. Berbaloi jugalah dia pergi Korea buang lemak-lemak tepunya. “Aiman, you kan nak kawen tak lama lagi, macam mana kalau Aimi tahu pasal kita. You nak buat apa?” tanya Diba.
                “Sayang, you janganlah risau. Aimi takkan tahu. I janji, walaupun I kawen dengan Aimi, tapi  tetap sayangkan you.” Diba hanya tersenyum. Dia sempat curi-curi tengok muka Aiman. Handsomenya Aiman ni, sama je seperti dulu. “Haa, you curi-curi tengok I eh?”
                “Mana ada, perasan lebih jelah you ni. Tak keliur lah nak tengok muka you yang macam tak siap ni,” gurau Diba.
                “Eleh muka yang tak siap ni jugaklah yang you gila-gilakan. You sanggup keluar dengan I walaupun I ni dah nak kawen, kan?” Diba hanya mencebik bibirnya. Aiman geram dengan pipinya lalu dia mencubit pipi gebu Diba.
                Mereka bergurau senda sampai tak sedar yang Aimi sekarang sedang menyaksikan mereka. Aimi menghampiri mereka. “Aimi!” Aiman dan Diba sama-sama terkejut. “Aimi, I boleh explain semua ni, Aimi! Aimi menampar pipi Aiman. Tak sangka dia bermain kayu tiga. Sebelum ini dia terima mesej bukan-bukan pasal Aiman, tapi tak mengendahkannya. Lama-kelamaan, dia melayan juga mesej itu dan bertanyakan pelbagai soalan. Nasib baik dia mempercayai mesej tu. Kalau tak, dah di akan terus ditipu Aiman. Aiman cuba  mengejar Aimi untuk memberi penjelasan tapi tidak berjaya. Dia risau tentang perkahwinannya. Kalau Aimi membatalkan perkahwin, hancurlah syarikatnya yang selama ini bergantung kepada syarikat Tan Sri Mokhtar.


                “Macam mana sekarang? Apa yang Aimi cakap?” tanya Diba.
                “Aimi cakap, dia bagi dua pilihan, sama ada dia atau you?”
                “So, kalau macam tu I pun bagi you dua pilihan, she or me?”
                Otak Aiman mula kusut. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. “Diba, takkan I nak batalkan perkahwinan dengan Aimi. Habislah syarikat I nanti.”
                “Ok takpelah, I terpaksa undur diri. Yalah siapalah I nak dibandingkan Aimi. I terima semua ni, Aiman.” Mata Diba mula berkaca. Aiman mula resah. Dia boleh jadi gila memikirkan semua ini. Salah dia juga yang membenarkan Diba masuk dalam hidupnya. Akhirnya dia membuat keputusan.
                “Sanggup you buat I macam ni, you sanggup tinggalkan I semata-mata perempuan itu,” rintih Aimi beli dapat tahu yang Aiman tak sanggup tinggalakan Diba. “I akan pastikan yang papa hentikan segala urusan dengan syarikat you. I will make sure that you will never cross in my life again, Aiman,” tekan Aimi.
                “I’m sorry Aimi.”
                “Enough!”


                Selepas pekahwinan Aimi dan Aiman dibatalkan, Tan Sri Mokhtar sangat marah dengan Aiman. Dia telah membatalkan semua kontrak yang diberikan kepada syarikat Aiman. Dia sudah tak tahan dengan perbuatan Aiman terhadap anaknya. Aiman sekarang dalam kesempitan. Bila-bila masa sahaja syarikatnya akan muflis jika tak memperoleh tender baru.
                “Aiman, you jangan risau. Selagi I ada, I akan disisi you selamanya.” Melihatkan keadaan Aiman yang serabut, Diba cuba menenangkan Aiman. Malam itu, dia ajak Aiman menari bersamanya. Suasana sangat romantik dialunkan muzik perlahan. Pinggan Diba dirangkul oleh Aiman. Diba meletakkan tangannya dibahu Aiman. Mereka memulakan langkah.
                “You janji dengan I yang you takkan tinggalkan I apapun yang terjadi. I cuma ada you.”
                “I promise.”
                Dalam tak sedar, Aiman begitu asyik dalam pelukan Diba. Segala masalah yang dialaminya sudah dilupakan bila bersama Diba. Aiman, Aiman. Kau memang bodohlah. Jangan mimpilah nak dapatkan cinta aku. Diba dengan sekuat mungkin menolak Aiman kedalam kolam. Memang Aiman tak sedar yang mereka menghampiri kolam renang itu. Semua orang disitu melihatnya. Terkapai- kapai Aiman untuk naik balik.
                “Kenapa you tolak I? You gila apa?” habis basah pakaian berjenamanya.
                Diba mula menyilangkan tangannya. “Aiman, Aiman. Kau ni memang bodohlah. Mudah sangat terpedaya.” Diba mula tersengih sumbing. “Aiman, kau benar-benar tak ingat aku atau kau buat-buat lupa?” Aiman mula mengerutkan dahi. Diba menunjukkan matanya kearah kolam. Aiman melihat kolam renang sekejap sambil berfikir. Dia sudah dapat ingat siapa yang pernah dia tolak ke dalam renang sewaktu dulu. Ya, Faradiba si debab.
                “Diba, Faradiba? Diba macam mana you…”
                “Macam mana boleh cantik?” Diba mula menghampiri Aiman dan dia mula membisikkan sesuatu, “Kau ingat kau boleh terlepas selepas apa yang kau buat kat aku, apa yang telah kau lakukan kepada Ammar. Aku takkan lupakan semua itu.”
                “Diba, you tak boleh buat I macam ni? You dah janji dengan I yang you akan bersama I no matter what!” Aiman mengungkit kembali janji-janji Diba.
                “Ada aku kisah? Masa aku dengan Ammar terluka dulu, ada kau kisah? Kaulah punca segala-galanya. Jangan harap aku akan bercinta dengan orang macam kau.” Diba mula beredar dari situ. Dia sudah muak tengok muka Aiman. Selama ini dia terpaksa berlakon cintakan Aiman semata-mata untuk musnahkan kehidupan Aiman. Akhirnya, dia berjaya menjalankan misinya. Aiman mengejarnya dan menarik lengan Diba.
                “Maafkan aku Diba, aku tak boleh hidup tanpa kau. Aku sayang kau. Maafkan aku. Aku sedar yang dulu aku telah menyakiti kau.”
                “Senangnya kau minta maaf. Kau tau tak Ammar sekarang tengah bertarung nyawa sekarang. Kau tau tak selama ini aku jauh dari Ammar sebab kau. Aku takkan maafkan kau walau dibayar dengan darah sekalipun,” Diba merentap lengannya dari tangan Aiman. Aiman hanya berdiri kaku bila mendengar penjelasan itu. Musnah segala impiannya.


                Diba memegang tangan Ammar. Keadaannya makin kritikal. Pakar sudah menghentikan rawatan dan hanya berserah kepada takdir. Kalau mengikut jangkaan pakar, Ammar telah menghabiskan hayatnya bulan lepas. Tetapi, Ammar terus kuat untuk hidup. Otaknya dah tak berfungsi tapi jantungnya masih mengepam darah membuktikan Ammar benar-benar mahu hidup. Namun, tiada siapa yang boleh menentu ketentuan Ilahi. Rezeki, jodoh, ajal dan pertemuan semuanya telah ditetapkan oleh Pencipta.
                “Ammar, bangunlah. Aku nak cerita benda kat kau ni. Aku terjumpa Aiman, aku buat dia jatuh cinta dengan aku. Akhirnya aku berjaya untuk dapatkan dia. Kau tahukan, dulu aku tergila-gilakan dia. Kalau kau tahu, mesti kau bangga dengan aku.”
                “Tapi Ammar, kau tahu tak, aku tolak dia dalam kolam renang. Sama seperti yang pernah dia buat dekat aku dulu.” Diba ketawa kecil dalam waktu yang sama dia menangis. Dia genggam tangan Ammar lebih kuat.
                “Diba, maafkan aku. Aku tak mampu bertahan lagi.”
                “Ammar! Ammar! Ammar! Penggera mesin ECG mula berbunyi. Mesin ECG mula menunjukkan yang jantung Ammar mula terhenti. “Doktor! Doktor!” jerit Diba. Doktor tergesa-gesa masuk dalam bilik. “Nurse, defibrillator. Kita buat DC sekarang jugak!” kalut doktor itu. “Nurse, suruh pelawat keluar dari bilik.” Diba yang resah dipaksa keluar dari bilik. Dia mula menjerit nama tak henti-henti. Encik Ahmad yang tadi ke kedai baru sampai terkejut melihat situasi ni. Dia mula menarik Diba keluar dari bilik itu. Selang 15 minit kemudian, doktor keluar dari bilik.
                “Maafkan kami, kami sudah berhempas pulas menyelamatkan anak encik. Tapi Tuhan lagi sayangkan dia. Harap encik dapat sabar dengan ketentuannya.”
                Sebelum doktor itu bagitahu yang Ammar tak dapat diselamatkan, Diba sudah nampak mayat Ammar yang diselimuti kain putih sewaktu jururawat membuka pintu bilik itu. Dia sudah masuk sebelum doktor memberi kebenaran. Dia menghampiri mayat Ammar. Dibukanya kain putih untuk melihat wajah Ammar yang sudah kaku. Diba terasa dia sekarang tidak berpijak ke bumi lagi. Puan Wati dan Sorfina baru sahaja sampai. Mereka nampak Diba terlantar atas lantai. “Ya Allah, Diba!”


                Sudah lima tahun sejak Ammar pergi. Sampai sekarang Faradiba masih tiada pengganti Ammar. Dia sekarang berjaya sebagai pengusaha dan pemilik pusat kecantikan.

                
Ammar, tidak akan aku bagi ruang kepada sesiapun untuk singgah dalam hati ini. Hanya kau, tidak akan ada pengganti dirimu...

No comments:

Post a Comment